Lucinta Luna hanya boleh telan betik lepas bedah buang halkum

Lucinta Luna hanya boleh telan betik lepas bedah buang halkum

Lucinta Luna hanya boleh telan betik lepas bedah buang halkum. Selebriti sensasi, Lucinta Luna sudah mula aktif di media sosial selepas menjalani pembedahan membuang halkum di Hospital Busan, Korea Selatan.

Pembedahan plastik itu dilaporkan berjalan lancar dan Lucinta sudah membuat siaran langsung dalam akaun TikTok, meskipun dia belum pulih sepenuhnya.

Ketika siaran langsung tersebut, wajah Lucinta dilihat masih bengkak dengan dipenuhi luka yang masih berbalut.

Difahamkan, lelaki berimej songsang itu turut mengalami kesukaran ketika hendak makan.

Buktinya, dia hanya mengambil buah betik dengan disuap oleh orang lain disebabkan bibirnya juga bengkak sehingga sukar membuka mulut.

Lucinta Luna hanya boleh telan betik lepas bedah buang halkum

Situasi tersebut menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap Lucinta yang berusaha ingin menjadi lebih cantik seperti seorang wanita.

“Ini adalah definisi menyeksa diri sendiri, dia yang meminta sedemikian, jadi tidak perlu minta dikasihani,” tulis seorang netizen.

“Saya yang berasa ngilu dan sakit melihat keadaan seperti begini, bersyukur sahaja sama Allah SWT dengan apa yang diberikan,” kata netizen lain.

BACA:

Hanya minta mas kahwin RM73, tindakan pengantin cantik ini dapat pujian

“Biar gagal menjadi seorang isteri, yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,”

Tiba-tiba penduduk rasa ‘stim’, rupanya polis bakar ganja 1.5 tan