Lotus minta pelanggan pulangkan balik ‘Chicken Nugget’ yang dibeli, ini rupanya terjadi..

Lotus minta pelanggan pulangkan balik ‘Chicken Nugget’ yang dibeli, ini rupanya terjadi… Susulan isu makanan segera nuget ayam, ‘Lotus’s Value Chicken Nugget’ yang didakwa sudah berkulat dan tidak berkualiti, pasar raya Lotus mengumumkan untuk menarik balik semua penjualan produk berkenaan buat sementara waktu.

Menerusi kenyataan media laman Facebook, Lotus’s memohon maaf kepada pelanggan yang telah membeli produk tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana memaklumkan hal ini kepada pihak mereka.

Lotus minta pelanggan pulangkan balik 'Chicken Nugget' yang dibeli, ini rupanya terjadi..

Lotus minta pelanggan pulangkan balik ‘Chicken Nugget’ yang dibeli, ini rupanya terjadi..

Justeru itu, pihak Lotus’s mengambil serius tentang perkara ini dan telah menarik balik produk Lotus’s Nugget tersebut dari semua pasar raya Lotus’s seluruh negara bagi menangani masalah tersebut.

Jelasnya lagi, jaminan kualiti dan keselamatan semua produk jenama Lotus’s menjadi keutamaan syarikat. Lotus’s juga sentiasa memastikan pembekal makanan di premis ini mematuhi garis panduan ditetapkan Program Jaminan Kualiti dan Sistem Keselamatan Makanan HACCP.

Sehubungan dengan itu, pihak Lotus’s menyeru kepada pelanggan yang baru membeli Lotus’s Value Chicken Nuggets untuk memulangkan kembali pek tersebut bersama resit pembelian di mana-mana cawangan Lotus’s terdekat. Malah, pelanggan tetap menerima wang ganti walaupun tiada resit produk tersebut.

Sekiranya pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Talian Bantuan Pelanggan di 1300131313 atau terus email kepada pihak Lotus’s sendiri di [email protected]

“Pelanggan yang dihargai,

Melalui siaran dia media sosial baru-baru ini, kami dimaklumkan mengenai kebimbangan para pelanggan terhadap ‘Lotus’s Value Chicken Nugget’ keluaran pihak kami. Kami ingin memohon maaf kepada pelanggan kami yang telah membeli produk ini baru-baru ini dan terima kasih kerana memaklumkan perkara tersebut kepada kami.

Kami mengambil serius perkara ini dah telah menarik balik produk berkenaan dari semua kedai dan bekerja rapat dengan pembekal dalam menangani isu ini.

Jaminan kualiti dan keselamatan semua produk menjadi keutamaan kami dan kami sentiasa memastikan pembekal makanan kami melaksanakan Program Jaminan Kualiti dan Sistem Keselamatan Makanan HACCP yang diperlukan.

Kami meminta para pelanggan yang telah membeli produk ini untuk memulangkan semua bersama resit pembelian di cawangan Lotus’s berdekatan untuk bayaran balik penuh. Anda masih akan menerima bayaran balik walaupun tidak mempunyai resit.”

Berita Lain:

Amerika namakan pesawat ini “Hari Kiamat”, ini sebabnya

Kisah wanita sanding tanpa pengantin lelaki ini jadi tular, dah la belum akad nikah

Akak ni nyanyi lagu ‘madah berhelah’ sambil gendong anak, kalah Ziana Zain!

COMMENTS

Wordpress (0)