Longgokan makanan belum tamat tempoh dibuang, kecoh netizen cari lokasi

Longgokan makanan belum tamat tempoh dibuang, kecoh netizen cari lokasi

Longgokan makanan belum tamat tempoh dibuang, kecoh netizen cari lokasi .SNEK, mi segera, pek biskut, air kotak dan tin makanan masih belum tamat tempoh antara yang dibuang di sebuah tempat pelupusan sampah dipercayai di Tanjung Tualang, Perak.

Perkara tersebut tular di laman TikTok zack.lkystar yang memaparkan klip video puluhan kotak dan bungkusan berisi makanan dihantar oleh lori untuk dibuang di tempat terbabit.

Ia mendapat lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 24,000 tanda suka sejak dimuat naik semalam.

Warganet yang berpendapat makanan terbabit sepatutnya disumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan daripada berlakunya pembaziran seperti itu.

“Yg blm exp hantar pd tempat2 yg memerlukan.. rumah2 flat ramai yg x mampu beli makanan,” ujar Permaisuri Hati.

“Kenapa buang…bg kat mangsa² banjir di pantai timur pun bagus…,” kata Ketupat Palas Najwa.

Longgokan makanan belum tamat tempoh dibuang, kecoh netizen cari lokasi

“Rezeki….ambik bang pilih2 bagi yg memerlukan…,” tulis Zombi 2022.

Baca artikel : Makanan elok 10,000 tan, plastik dibuang hari pertama Ramadan

Malah, pemilik laman TikTok terbabit juga sempat menunjukkan makanan yang dibuang mempunyai tarikh tamat tempoh kira-kira tiga bulan lagi sehingga tahun 2024.

Tinjauan di ruangan komen mendapati barang makanan tersebut dibuang oleh syarikat makanan atau pasar raya kerana sudah menghampiri tamat tempoh.

“Stok 2022 ni rasanya..pasaraya nak lupus brg yg dh expired…tak ada sebahagian brg yg masih bole mkn tu,” komen Awin01.

“Itu yang di buang memang ada masalah pada pembungkusan dan lain2 sebagai nya….kang jual salahkan pembekal x jaga kualiti,” kata Aeril Adrian.

Malah ada dalam kalangan netizen sempat meminta alamat lokasi untuk bawa lori bagi membolehkan dia mengambil barang-barang tersebut.

@utusantvofficial Macam² ada 😁. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #buangmakanan ♬ original sound – UtusanTV

BACA:

Tweet Hannah Yeoh dibalas TMJ, netizen terkejut

4 tahun PJJ, whatsapp pun isteri dah jarang-jarang balas.. Rupanya…