Lisa Blackpink buang patung dilempar peminat atas pentas, ini puncanya
Lisa Blackpink dilihat berang dengan tindakan seorang penonton yang hadir menyaksikan persembahan mereka di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.
Menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial, Lisa dilihat membaling semula patung beruang yang dilemparkan peminat ke arahnya.
Difahamkan, pada awalnya peminat berkenaan membaling patung tersebut di tengah pentas namun ia dialihkan oleh Rose kerana menganggu laluan mereka.
Lisa rimas penonton baling hadiah ke atas pentas.
Namun Lisa yang dilihat tidak selesa terus mengambil dan membaling semula patung berkenaan ke arah penonton.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyokong tindakan Lisa malah meminta penonton yang hadir menghormati kumpulan berkenaan.
Mereka juga berpendapat pihak penganjur perlu mengawal ketat penonton daripada membawa barang yang tidak sepatutnya.
BACA: Gelagat ayah nak suruh anak makan buat ramai bapa-bapa boleh relate dengan situasi ini