Lima syarikat perkhidmatan umrah dibatalkan lesen

Lima syarikat perkhidmatan umrah dibatalkan lesen

Lima syarikat perkhidmatan umrah dibatalkan lesen. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi hari ini mengumumkan pembatalan lesen lima syarikat perkhidmatan umrah kerana gagal menunaikan kewajipan kepada jemaah dan melanggar peraturan ka­wal selia perkhidmatan umrah, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Kementerian itu berkata, semua tindakan undang-undang telah dilaksanakan terhadap syarikat-syarikat terbabit termasuk merujuk mereka kepada pihak berkuasa bagi meneliti kesalahan yang dilakukan dan mengenakan hukuman yang setimpal.

Tindakan dibuat susulan aduan jemaah yang pernah berurusan dengan syarikat-syarikat bermasalah itu dan pemerhatian oleh pihak kementerian.

Pembatalan lesen syarikat yang didapati melanggar peraturan ditetapkan adalah bagi memastikan pengalaman menu­naikan ibadah haji serta umrah di Tanah Suci Mekah kekal di tahap terbaik.

Perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji dan umrah hendaklah mengikut piawaian kualiti tertinggi bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadah dengan mudah dan selesa.

Lima syarikat perkhidmatan umrah dibatalkan lesen

Kementerian sama menekankan bahawa pihaknya tidak akan memberikan sebarang kelonggaran terhadap mana-mana pihak yang cuai dalam menawarkan perkhidmatan untuk jemaah haji dan umrah.

Musim baharu umrah selepas musim haji tahun ini dibuka kepada jemaah dalam dan luar negara mulai 30 Julai ini.

BACA:

Gara-gara dapat no 1 di sekolah, gadis 14 tahun disantau?

Lelaki tembak bekas isteri kerana buka aib di TikTok

Terjumpa anak kucing tepi jalan, rupanya spesies yang paling sukar ditemui