Lima mangsa terperangkap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.

Insiden dipercayai telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Pihak bomba menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sugai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras.

 

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-mangsa-dipercayai-terperangkap-dalam-runtuhan-struktur-sokongan-pembinaan-suke-285937

COMMENTS

Wordpress (0)