Lihat saiz hidung dah boleh tahu saiz kemaluan – Pakar penyelidik

Sebelum ini, ramai yang kerap mengaitkan saiz alat kelamin atau zakar dengan bahagian tertentu dalam badan.

Contohnya, ada yang percaya bahawa ibu jari kaki dapat mencerminkan saiz zakar seseorang.

Namun, melalui satu kajian terkini, penyelidik dari Jepun mendapati bahawa lelaki yang memiliki hidung kembang

Lihat saiz hidung dah boleh tahu saiz kemaluan - Pakar penyelidik

Mereka cenderung mempunyai saiz zakar yang lebih besar.

“Dalam kajian ini, kita pertama kali menunjukkan hubungan antara panjang zakar dan saiz hidung,” tulis penyelidik dari Universiti Perubatan Wilayah Kyoto.

Untuk mengkaji hubungan ini, saintis memeriksa mayat 126 lelaki pertengahan umur yang baru meninggal dunia.

Mereka mengukur segala-galanya, dari ketinggian dan berat badan hingga lilitan dan panjang setiap anggota tubuh mayat yang lembik.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Basic and Clinical Andrology, para ilmuwan memperhitungkan pengukuran alat pembiakan lelaki ketika ereksi dengan meletakkan alat pengukur setinggi mungkin.

Pengkaji kemudian membandingkan hasil ini dengan panjang hidung.

Mereka mendapati bahawa lelaki dengan hidung 2.2 inci atau 5.58 sentimeter (cm) memiliki zakar yang lebih besar, iaitu 5.3 inci (13.46cm).

Sementara itu, mayat dengan batang hidung kurang daripada 1.8 inci (4.57cm) memiliki zakar dengan panjang hingga 4.1 inci (10.41cm).

Walaupun penyelidik menggunakan hubungan antara dimensi hidung dan zakar, ukuran tersebut masih tidak jelas, tegas mereka.

Mereka menjelaskan bahawa hakikat ini berasaskan pada percubaan yang terhad kepada lelaki Jepun yang telah meninggal dunia.

Selanjutnya, mereka menyatakan bahawa mungkin diperlukan lebih banyak kajian untuk memahami hubungan di antara kedua-dua anggota badan ini.

Mengukur hidung bukanlah satu-satunya cara untuk menentukan saiz atau panjang zakar lelaki.

BACA: “Hanya kerana aku kantoikan kecurangan mak, mak tergamak halau aku, bila aku dah kahwin, aku pula terjebak..”