“Lepas dari kejadian tu, aku mula berangan jadi isteri dia, jadi isteri kedua pun takpe, aku sanggup”

Hai krt, Saya ada masalah dengan suami dan dalam proses bercerai. Saya belum ada anak dan saya pun memang nampak bujung.

Kerjaya saya sekarang lasak dan banyak komunikasi dengan lelaki. Keadaan saya yang busy dan suami tak faham kerjaya saya mungkin punca rumah tangga goyah.

Padahal sebelum kawin saya dah bagitau karier saya macam mana.

"Lepas dari kejadian tu, aku mula berangan jadi isteri dia, jadi isteri kedua pun takpe, aku sanggup"

Memang busy kadang balik lewat bukan sebab keluar dengan jantan atau apa tapi memang faktor kerja yang memerlukan kadang2 untuk saya kena tunggu lama ditempat lerja.

Dan benda ni bukan kerap. Saya selalu usaha untuk balik tepat masa. Kami gaduh sampai saya rasa tertekan sebab suami selalu mengugut2 kata saya lupa tanggungjawab.

Bila kita ajak berbincang dia ok. Tapi bila tak kena angin dia habis dia sembur sampaikan masalah ni saya pendam. Pendam2 lama2 memberat. Jadi gunung dah dalam hati ni. Jadi tawar. Saya tak cerita kat family sebab taknak aibkan suami.

Tapi bila masalah ni jadi sampai saya rasa lantaklah. Saya dengan suami memang ada kerjaya masing2 cuma bidng berlainan.

Nak kata diuji, saya kena join program dan kami dikumpulkan beramai2 daripda cawangan berbeza. Lepas habis program ada seseorang menghubungi saya. Saya ok je sebab memang kebanyakkan kawan2 lelaki saya masih berhubungan walau dah tukar kerja. Hubung macam tanya kabar dalam whatsapp sahaja.

Tapi lelaki ni yang saya gelar m ni lain pula cara dia berhubung. Dia berani ajak saya keluar sebab dia ingatkan saya masih bujang lepas sehari habis program. Saya jujur bagi tau status saya isteri orang.

Dan selalunya kalau saya bgtau status saya kebanyakkan lelaki akan undur diri. Tapi m ni tetap nak mencuba. Status m ni pun suami orang. Usia lebih kurang tapi saya beberapa tahun muda dari dia. Dan dia berpangkat jauh lagi tinggi drpd saya walaupun umur dia saya rasa masih muda.

Dia ajak saya keluar konon mahu lepas stress. Dan saya pun mmg dalam keadaan stress sebab masalah suami. Dengan proses cerai lagi. Betul2 buat kepala saya kusut! Saya pun bersetuju keluar dengan dia. Kami ambil cuti sama2.

Saya tak ceritakan pada dia masalah saya dan suami. Dia bgtahu saya kalau lah saya bujang dia berani bawa saya keluar secara umum tapi sebab status saya isteri orang dia tak berani.

Jadi haritu dia bawa saya ke hotel. Saya tak tahu la kenapa saya macam orang bod0h pun ada juga ikut sahaja kehendak dia sampai terlanjur.

Tapi apa yang buat saya rasa sedih dia tinggalkan saya di hotel tu sendirian sebelah petang sebab kata nya dia kena balik rumah. Lepas kejadian tu. Rasa syg sy pda dia membuak2. Saya mula berangan jadi isteri dia.

Saya sanggup jadi isteri kedua kalau dia melamar. Hari leps balik hotel tu saya diamkan diri. Saya tak berhubung dengan dia saya cuma tunggu dia mesej saya atau call saya baru kami berhubung.

M ni anak dia baru seorang dan berumur 2 tahun. Isteri dia pun busy dengan kerjaya dia. Tapi cara layanan dia pada isteri saya tak rasa diorang bermasalah.

M pernah bagitahu saya dia sayang saya dan dia bagitahu saya kita berhubung tapi dia tak nak hubungan dia dan isteri dia ada masalah.

Sekrg ni saya keliru. M ni jujur ke tidak dengan saya. Kalau dia jujur kenapa dia sanggup apa2kn saya walhal dia tahu saya status isteri orang.. saya tahu saya tak baik tapi kalau proses perceraian saya dah selesai rasanya m akan melamar saya tak?

Kadang2 saya rasa saya silap sebab saya rasa saya terlampau murah.. terlampau mudah..

Saya malas nak terlampau mengejar dia walau dalam hati saya memang nak sebab apa jadi antara saya nak suami sebelum ni buat saya takut. Tapi saya tak boleh lari dengan nafsu bila dengan m. Saya lemah.

Dan kalau betul dia melamar saya untuk jadikan yang kedua perlu ke saya terima.?

Saya ada stalk isteri m di fb cantik orangnya tengok gambar2 yang dia share dia fb kadang2 rasa tak sampai hati tapi saya keliru. Minta pendpt warga krt bagaimana nak tahu m jujur. Atau saya ptut beri peluang mengenali lelaki lain lepas selesai kes cerai.

Maaf celaru saya kusut sampai sanggup berenti kerja nak tenangkn diri sekarang ni.

Say pun dah malas nak blas mesej2 dr m. Tp semua bnda rasa sarat skg ni. Rasa malang dengan nasib bertemu suami pun ada dan kenapalah kami dijodohkn. Rasa hina bila diperlakukn oleh m pun ada.

Rasa bodoh sampai saya lupa lupa pendirian saya yang saya selalu pegang masa zaman bujang dulu.

BACA: Penyanyi Sheqal diserang strok 3 kali selepas bernyanyi