Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Styfly Studio, menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori daripada netizen.
Dalam video berdurasi 51 saat yang dimuat naik pada Jumaat lepas, pemandangan ibu kota Kuala Lumpur pada waktu malam diperlihatkan. Kemudian, satu ‘cahaya misteri’ muncul, menarik perhatian penonton. “Saya rakam ini malam semalam. Apa pendapat anda tentangnya?” tanyanya kepada netizen.
Berdasarkan komen-komen netizen, terdapat pelbagai pandangan. Sesetengah berpendapat ia mungkin adalah meteor yang memasuki ruang udara Malaysia, manakala yang lain menganggap cahaya tersebut sebagai ‘unidentified flying object’ atau UFO.
“Ini bukan meteor, kerana kelihatan bebola cahaya itu membelok ke kiri selepas turun secara tegak dari atas,” komen salah seorang netizen.
Terdapat juga spekulasi bahawa cahaya tersebut mungkin adalah bunga api yang lambat meletup selepas ditembak ke langit, disebabkan video tersebut dirakam semasa sambutan malam Hari Kebangsaan.
Ariff Sharif membuat andaian, “Jika video ini dirakam selepas persembahan bunga api, mungkin itu adalah serpihan daripada bunga api tersebut.”
@styflystudio I capture this last night- what do you think it was? #kualalumpur #merdeka2023 #malaysia #styflymalaysia #fyp #ufo #styflystudio #cityvibes ♬ The X Files Theme – John Beal
Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang mempersoalkan kesahihan video tersebut. Walaupun begitu, terdapat juga pengguna media sosial lain yang mengesahkan bahawa mereka turut melihat kejadian tersebut pada malam berkenaan.
Baca juga: Jongkong emas paling bernilai peninggalan Jepun ditemui dalam terowong di Sabah