Umum mengetahui, rumah tangga antara selebriti Bella Astillah dan suaminya, Alif Aziz kini sedang dalam keadaan yang goyah.
Bella baru-baru ini sudah pun memfailkan cerai terhadap Alif Aziz itu selepas suaminya itu ditangkap ketika berdua-duaan dengan pelakon, Ruhainies.
Terbaru, satu jenama fesyen tempatan iaitu Hijabistahub memuat naik beberapa video yang menampilkan Bella Astillah serta dua anaknya, Ayden dan Ara.
Dalam video itu, kedengaran Bella memberi pesan kepada anak lelakinya itu untuk terus menjaganya selain mengucapkan ‘I love You‘ kepada anaknya itu.
Apa yang membuatkan ramai netizen sebak ialah, ada satu bahagian dalam video itu di mana Bella tidak dapat menahan air matanya dan ketika Ayden ternampak ibunya itu sedang menangis, dia terus lapkan air mata ibunya itu.
@hijabistahub.official Replying to @atie🇲🇾🇵🇸 Anak adalah harga yang tidak ternilai 🥰 #BellaAstillah #HijabistaHub ♬ original sound – HijabistaHub Official
“Dari baby hadap benda sama”
Ramai netizen merasakan anak lelakinya itu seperti sudah biasa melihat ibunya menangis, ramai juga yang mendoakan Bella agar sentiasa kuat menempuhi dugaan ini.
Semoga Bella sentiasa kuat, Ayden pun jadi good boy!
Baca juga: Kisah Bilal mimpi jumpa dengan Nabi Muhammad