Lelaki tukar penyapu jadi vacuum cleaner

MEMBERSIHKAN debu dan rambut di kediaman menggunakan penyapu memang melecehkan.

Mana tidaknya, hendak mengumpul habuk dan memasukkan kesemuanya ke dalam penyodok bukannya mudah, pasti ada yang tersisa, degil sungguh!

Kini anda boleh menarik nafas lega kerana melalui satu perkongsian di laman TikTok, ada didedahkan cara untuk ‘mentransformasikan’ penyapu supaya lebih cekap ‘mengutip’ habuk, mirip pembersih hampagas.

Lelaki tukar penyapu jadi vacuum cleaner

Cukup mudah sahaja caranya, ayuh kita lihat!

Bahan-bahan:

1) Pita pelekat dua muka (double sided tape)

Pita pelekat boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.

Langkah-langkah:

1) Balutkan pita pelekat dua muka pada berus penyapu dengan kemas.

2) Mulakan aktiviti menyapu seperti biasa, anda akan dapat lihat kesemua partikel habuk dan rambut melekat pada pita pelekat tersebut.

3) Setelah pita pelekat penuh diliputi kotoran, cabut dengan cermat supaya tidak merosakkan berus penyapu dan gantikan dengan yang baharu.

4) Buang pita pelekat yang sudah digunakan ke dalam tong sampah.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berterima kasih atas idea yang cukup genius itu.

“Terus share dekat ibu teknik ni, tak perlu nak bongkok lama-lama untuk menyapu, sekali tarik boleh hilang habuk semua. Mantap!

“Tapi jangan ganas sangat menyapu guna teknik ni, takut tercabut berus penyapu sebab melekat dekat lantai, kena perlahan-lahan,” ujar pelayar memberikan maklum balas.

Baca : Dulu penjaga nenek pijak semut tak mati, tapi bila nenek meninggal dia dalam diam cuba mengurat