Lelaki terkejut tengok Van Jenazah dipandu laju, kelam kabut nak pergi mana?

Menjadi satu keperluan buat kita untuk memudahkan urusan seseorang lebih-lebih lagi di dalam waktu genting seperti memberi laluan kepada ambulan atau pun van jenazah.

Bagaimanapun, tular tentang hantaran seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan van jenazah yang dipandu laju ketika jalan sedang sibuk.

Di Sebalik Kerjaya Pemandu Van Jenazah, Lelaki Ini Turut Hasilkan Dron Berharga RM60,000

Lelaki terkejut tengok Van Jenazah dipandu laju, kelam kabut nak pergi mana?

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki ini dengan selamba meletakkan kapsyen yang mengatakan pemandu van jenazah tidak perlu kelam-kabut untuk destinasi kerana si arwah sudah tiada.

“Kalut nak pergi mana. Bawa elok-elok. Yang dah pergi tu sudah tiada lagi. Jadi, buat apa buat kalut,” kongsinya.

Hantaran itu ternyata telah meraih perhatian netizen yang mana majoritinya membidas kenyataan tersebut di samping menasihati dia bahawa urusan pengebumian perlu diuruskan dengan segera seperti mana yang dituntut dalam agama Islam.

@omaryothmanKalut nak pi mana. Bawa elok2. Yang dah pergi tu dah tiada apa yang kalut lagi.♬ menjagamu – MusiX

Ada juga segelintir individu yang memberi respons dengan berseloroh menyatakan apabila dia sudah meninggal nanti, pemandu bolehlah pergi melakukan perkara lain dahulu kerana tidak perlu kelam kabut seperti yang diperkatakan.

Baca juga: Ini satu-satunya wakil pengadil Malaysia ke Piala Dunia 2026!