Lelaki terkejut harga selepas diskaun lagi mahal dari harga asal, “tolong jangan tertipu! Cek harga dulu!”

Perbandingan harga amatlah penting kerana ada masa nilai makanan yang dibeli semasa waktu biasa kadangkala lebih murah berbanding waktu promosi diberikan.

Buat pembeli makanan atas talian, selalulah bandingkan harga yang anda beli agar tidak tertipu oleh syarikat penghantaran.

Seorang pengguna Twitter, Qushairi Hashim membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi akaun rasmi di Twitter.

“Salam @KPDN_HQ, sebentar tadi saya telah cuba memesan makanan melalui aplikasi @foodpanda_my dan menerima tawaran PandaBox.

“Namun, saya sedar harga asas yang ditawarkan melalui PandaBox adalah lebih tinggi manakala harga biasa tanpa PandaBox adalah jauh lebih murah,” ujarnya.

Lelaki terkejut harga selepas diskaun lagi mahal dari harga asal, "tolong jangan tertipu! Cek harga dulu!"

Perbandingan harga makanan tersebut.

Qushairi memohon nasihat pihak KPDN mengenai perbuatan yang mendorong pengguna membuat tindakan terburu-buru dan menyebabkan pengguna membayar lebih.

“Genap 24 jam dan saya masih belum dihubungi wakil @foodpanda_my untuk penjelasan. Oleh itu, saya akan failkan aduan rasmi kepada Kementerian.

“Saya juga akan kongsi tangkap layar laporan saya untuk panduan rakan-rakan lain yang mungkin ingin failkan laporan yang sama,” tambahnya lagi.

Untuk pengetahuan, PandaBox adalah tawaran yang memberi masa 15 minit untuk pelanggan memesan bagi mendapatkan diskaun.

BACA: Ibu Aliff Aziz anggap ‘mereka’ seperti lembu