Lelaki tak jadi terjun tingkat 31 setelah diberi nasi berlauk

Lelaki tak jadi terjun tingkat 31 setelah diberi nasi berlauk

Lelaki tak jadi terjun tingkat 31 setelah diberi nasi berlauk.Seorang lelaki yang cuba terjun dari kren yang berada di tingkat 31 sebuah tapak projek perumahan di Lembah Sireh di sini hari ini akhirnya lembut hati untuk turun selepas keluarganya memujuk dengan membawa bekalan nasi berlauk ke lokasi kejadian.

Sebelum menyerah diri, anggota balai bomba dan penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu mengambil masa empat jam untuk memujuk lelaki yang berusia 27 tahun itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Darul Naim, Mohd. Ridzwan Ali berkata, lelaki itu dipercayai berada di kawasan terbabit sejak malam semalam sebelum kehadirannya disedari oleh orang awam.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi sebelum 20 anggota balai Kota Bharu dan Darul Naim bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 dan terus menjalankan operasi menyelamat mangsa.

Lelaki tak jadi terjun tingkat 31 setelah diberi nasi berlauk

“Lelaki berkenaan pada mulanya bertindak agresif dan nekad cuba terjun untuk terjun dari kren itu. Kita membawa ibu dan adiknya untuk memujuk lelaki itu supaya turun dari kren yang berada di tingkat 31 itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

BACA:

Ben Amir minta ampun, peminat jadi sayu lihat keadaannya

Akhirnya Lee Min-ho pilih gadis Indonesia sebagai isteri

Bantuan Sara Diri RM700 sebulan, ini cara untuk memohon