Lelaki sebar fitnah beli beras plastik akhirnya mengaku sengaja timbulkan situasi panik dalam masyarakat

Seorang lelaki mengaku membuat tuduhan palsu dan memohon maaf selepas menyebarkan video

mendakwa beras yang dijual di sebuah pasar raya di daerah Sandakan adalah beras plastik.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin menerusi catatan di laman Facebook rasminya, hari ini.

Lelaki sebar fitnah beli beras plastik akhirnya mengaku sengaja timbulkan situasi panik dalam masyarakat

Menurutnya, individu berkenaan telah datang ke pejabat syarikat pemborong beras yang didakwa menjual beras plastik itu dan mengakui dakwaannya adalah tidak benar.

“Susulan siasatan dakwaan beras plastik dilakukan semalam, saya difahamkan seorang individu yang dipercayai adalah perakam video tular, telah menampilkan diri ke Syarikat Sazarice Sdn Bhd di Sandakan pada pagi ini (semalam).

“Saya dimaklumkan bahawa individu itu mengakui bahawa dakwaan beras plastik adalah tidak berasas dan jenama beras yang dituduh sebenarnya adalah beras tulen.

“Saya juga menonton sebuah video yang mana individu itu memohon maaf kepada Syarikat Sazarice dan pihak yang terjejas,” katanya.

Katanya, syarikat berkenaan menerima permohonan maaf individu terbabit dan memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan atau menyebarkan dakwaan tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran orang awam.

Foong Hin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu.

Dalam kenyataannya semalam, Foong Hin berkata kementeriannya memandang serius dakwaan beras plastik itu dan mengarahkan Kawal Selia Padi Dan Beras (KPB) melakukan siasatan lapangan.

Dalam hantaran berlainan, Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu pula menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang fitnah atau dakwaan palsu sehingga mencetuskan kegusaran awam terhadap sesuatu yang tidak diketahui kesahihannya.

Sumber: https://harapandaily.com/lelaki-sebar-video-konon-beli-beras-plastik-mengaku-buat-dakwaan-palsu/

BACA: “Aku peniaga berjaya tapi suami hanya jual burger, kerja rumah semua suami urus sebab aku sibuk berniaga, tiba-tiba aku dapat call sebab suami, terduduk aku dengar”