Lelaki raih RM14,000 sebulan, jual nasi kukus guna mesin layan diri bawah IPR

Mohd Hermi Shahuddin, seorang peniaga nasi kukus, tidak menyangka bahawa keputusan untuk menyertai program perniagaan mesin layan diri

Di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan merubah pendapatannya dengan mencatatkan jualan melebihi RM14,000 sebulan.

Beliau, yang berusia 47 tahun, kini tidak lagi menghadapi masalah pendapatan tidak menentu seperti sebelumnya sejak menyertai program IPR kategori

Inisiatif Usahawan Makanan (Insan) yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI melalui Kementerian Ekonomi pada Mac tahun lepas.

Sebelum menyertai program itu, Mohd Hermi hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka gerai di tepi jalan di kawasan Fasa 3

Lelaki raih RM14,000 sebulan, jual nasi kukus guna mesin layan diri bawah IPR

Bandar Puncak Alam, serta mengambil tempahan makanan untuk majlis keraian di kawasan sekitar.

Namun, cabaran seperti faktor cuaca, masalah makanan yang tidak habis terjual, serta keperluan untuk menguruskan seorang anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sering mengganggu pendapatannya yang hanya mampu mencapai tidak lebih daripada RM8,000 sebulan.

“Perniagaan kami sebelum ini banyak cabaran, terutama ketika makanan tidak dapat dijual terutamanya semasa cuaca hujan atau apabila saya perlu menjaga anak saya yang OKU. Saya dan isteri terpaksa tutup kedai untuk membawanya ke doktor, yang bermakna tiada pendapatan pada hari tersebut,” katanya.

Mohd Hermi dan isterinya, Fadilah Hanum Abu, yang kini mengusahakan perniagaan mesin layan diri di Kolej Angsana 2, UiTM Puncak Alam, menyifatkan penyertaan mereka dalam program IPR sebagai sangat memberi manfaat, terutama kerana mereka tidak perlu mengeluarkan modal untuk menyediakan makanan atau membayar sewa tempat selama dua tahun.

Mereka menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, roti kebab, bebola daging, popcorn ayam, dan nasi ayam pedas menerusi mesin layan diri dengan harga RM2 hingga RM5.

Mohd Hermi berkata, program IPR bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan kecil seperti mereka untuk meningkatkan pendapatan, malah memberi pelbagai pilihan kepada orang ramai untuk membeli makanan siap masak pada harga yang berpatutan.

Kini, dengan perniagaan mesin layan diri itu, beliau boleh memperuntukkan lebih masa bersama keluarga kerana perniagaan itu boleh dipantau dari jauh melalui aplikasi khas yang membolehkannya mengetahui status stok makanan dan sebarang masalah teknikal.

Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, menyatakan bahawa UiTM Cawangan Selangor (UCS) merupakan kampus pertama yang melancarkan mesin layan diri melalui program IPR INSAN, yang menjual makanan pada harga RM2 hingga RM5.

Beliau menjelaskan bahawa mesin layan diri IPR tersebut sedang beroperasi di Kampus Puncak Alam dan rancangan untuk memperluaskan inisiatif tersebut ke fakulti dan kolej pengajian lain bagi memberi lebih banyak peluang kepada peserta IPR terpilih untuk menjana pendapatan.

Dengan program IPR, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.

Ini merupakan satu langkah positif dalam membantu usahawan kecil meningkatkan pendapatan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

BACA: 25 tahun terpisah dengan keluarga, lelaki terkejut dapat tahu ayah kandung rupanya jutawan