Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri

Lelaki 'Putih Mata' akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri

Lelaki ‘Putih Mata’ akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket seluar dibasuh isteri. Seorang lelaki di Singapura kempunan koleksi berharga wang kertas bernilai SGD14,000 (RM45,417) yang disorok dalam poket baju lama apabila isterinya membuang pakaian tersebut semasa mengemas kediaman mereka, lapor portal berita Mothership semalam.

Lelaki dikenali sebagai Zhuo itu berkata, dia mengumpul koleksi wang kertas nominasi SGD1,000 (RM3,244) selepas Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menghentikan pengeluarannya pada 2021.

“Apabila mana-mana rakan saya mempunyai wang kertas seribu dolar, saya akan menukarnya dengan mereka untuk ditambah kepada koleksi saya.

“Saya telah menyembunyikannya dalam poket baju lama kerana bimbang ia akan dicuri tetapi terlupa untuk memaklumkan kepada isteri,” jelasnya.

Lelaki 'Putih Mata' akibat sorok duit puluhan ribu dalam poket baju dibuang isteri

Tambah Zhuo, insiden itu berlaku apabila isterinya mengemas rumah secara menyeluruh dan membuang semua barangan buruk, lama dan tidak dipakai atau digunakan.

“Saya segera turun ke tempat pembuangan sampah namun plastik berisi baju lama yang mempunyai 14 keping wang kertas SGD1,000 itu telah diambil pihak pelupusan sampah,” ujarnya.

Zhuo telah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang kertasnya, namun sedar bahawa peluang untuk kembali menemuinya sangat tipis.

BACA:

Beli nasi lauk pecel ayam dapat perisa tambahan, kembang tekak wei

lesen DDNK digantung Suruhanjaya Sekuriti Malaysia? apa sebenarnya berlaku