Lelaki melayu terkaya Malaysia, netizen terkejut kerjayanya sebelom bergelar Jutawan

Lelaki melayu terkaya Malaysia, netizen terkejut kerjayanya sebelom bergelar Jutawan

Lelaki melayu terkaya Malaysia, netizen terkejut kerjayanya sebelom bergelar Jutawan.

Siapa yang tak kenal jutawan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik yang juga Pengarah Urusan Weststar. Namanya mula menjadi sebutan apabila syarikatnya muncul sebagai penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir terbesar di Asia Tenggara dengan perolehan kontrak bernilai berpuluh bilion ringgit.

Bagaimana ia bermula dan sekarang bergelar lelaki melayu terkaya Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu perjalanan hidupnya yang dulu hanyalah seorang tentera. Ambil keputusan untuk berhenti dan teruskan kehidupan dengan cuba menjual kereta terpakai.

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pernah berkidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga mendapat pangkat Mejar.

Masa itu beliau tidak memiliki AP (Approbed Permit). Jadi, tidak boleh sesuka hati untuk import kereta luar dari Malaysia.

Lelaki melayu terkaya Malaysia, netizen terkejut kerjayanya sebelom bergelar Jutawan

Namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Sejak dari itu, bisnesnya semakin maju & terkenal. Tetapi, apabila kerajaan mengumumkan dasar baru, Approved permit tersebut tidak dapat digunakan dan hanya Franchise Permit (FP) sahaja yang dibenarkan.

Bukan senang nak dapatkan FP ni. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat menjadi pengedar. Akhirnya beliau dipilih utk menjadi salah seorang pengedar sah untuk Honda, Suzuki & Chevrolet. Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.Sejak itulah beliau dapat tahu bahawa ramai rupanya yang mahu sewa helikopter.
Selepas 5 tahun, beliau mendapat kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.
Beberapa perniagaan yang telah dijalankan oleh syarikat itu termasuk industri pertahanan, hartanah dan pembinaan, insurans, makanan dan minuman, dan ICT. Ia belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya.

Disebabkan usaha itu, beliau menjadi salah seorang yang terkaya di Malaysia. Tapi berapa jumlah aset yang beliau ada?

Hebatnya aturan Allah untuk beliau. Moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki. Pokok pangkal, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Paling penting, bila kaya tak perlu nak menunjuk-nunjuk dan membantulah orang yang memerlukan.

BACA LAGI:

Hacker Malaysia kongsi pernah godam laman web judi, sekali ini yang berlaku 

Zizie Izette rayu kes didengar bersama Suaminya, ini sebabnya

Jika parlimen bubar lepas bentang bajet, maka kena bentang semula lepas PRU