Lelaki kantoi menyamar siap pakai purdah, duduk dalam surau perhati wanita tukar baju

Taktik penyamaran seorang lelaki yang dipercayai mahu melampiaskan nafsu serakahnya, terbongkar selepas berjaya dihidu oleh seorang wanita.

Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok, si penyamar memakai sehelai jubah siap berpurdah hitam dan kemudian hanya duduk di sudut surau sambil memegang telefon bimbit.

Menurut wanita berkenaan, penyamar tersebut seperti mengekorinya dari tandas dan turut mengikut masuk ke dalam surau.

Lelaki kantoi menyamar siap pakai purdah, duduk dalam surau perhati wanita tukar baju

Dia kemudian menukar baju di dalam surau, namun katanya, timbul perasaan tidak sedap hati apabila ‘wanita berjubah’ itu seperti memerhatikannya.

Berasa curiga dengan kelakuannya, wanita berkenaan bertindak keluar dari surau dan memanggil beberapa lelaki dipercayai kakitangan di premis tersebut.

“Dari tadi dia ikut saya, saya curiga dia lelaki sebenarnya. Dia tak mahu bersuara, cuba periksa dia,” katanya.

Beberapa lelaki yang masuk ke dalam surau itu cuba bertanyakan beberapa soalan kepada ‘wanita berpurdah’ itu, namun tiada suara kedengaran dan hanya menggunakan isyarat tangan.

Mereka cuba berlembut dan memintanya untuk menanggalkan purdahnya, namun ‘wanita’ berkenaan enggan menurutinya.

@miftahonchannel HATI² kepada wanita² diluar sana #wanitamuslimah #wanitabercadar #niqabis #muslimah #muslimahbercadar ♬ bunyi asal – miftahchannel

Selepas cubaan berlembut tidak diendahkan, mereka terpaksa melakukannya secara paksa dan ternyata benar individu yang berselindung di sebalik purdah dan jubah itu adalah seorang lelaki.

Sejurus pendedahan itu, dia menangis kerana trauma dan auratnya sudah dilihat oleh lelaki tersebut.

“Kenapa kamu buat begini? Sudah berapa lama kamu buat kerja ini?” tanya beberapa lelaki yang datang bersama wanita berkenaan.

Mereka kemudian mengambil telefon bimbit milik lelaki berkenaan dan membawanya keluar dari surau, difahamkan untuk tindakan susulan.

Difahamkan juga kejadian tersebut berlaku di Indonesia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan malah mengharapkan si pelaku dikenakan tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang.

Malah mereka turut menasihatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

“Dah lah dia pegang telefon… entah-entah dah rekod kakak ni.

“Kesiannya… mesti dia berhabis menjaga aurat tapi senang-senang je orang buat naya.

“Nasin baik kakak ni ikut kata hatinya. Kalau berlama-lama di situ, mungkin lain jadinya,” demikian komen netizen

BACA: Wanita jerit minta tolong dan nekad terjun dari kereta selepas ‘Dilarikan’ pemandu E-Hailing, rupanya ini yang berlaku