Lelaki ini marah, pengarah filem Mat Kilau buat ‘kerosakan’ pada busana Melayu asli

Lelaki ini marah, pengarah filem Mat Kilau buat 'kerosakan' pada busana Melayu asli

Lelaki ini marah, pengarah filem Mat Kilau buat ‘kerosakan’ pada busana Melayu asli. Bila orang tegur, dengan sombong kau kata “ni lah Melayu tau nak jatuhkan Melayu je, xnak sokong usaha Melayu nak naikkan Melayu”
Ada lah sebab kenapa kami tegur.

Sebabnya Melayu itu penuh adab tersurat dan tersirat apatah lagi yang ditegur itu berkenaan tokoh pahlawan Melayu yang ada sejarah dan baktinya, tambahan lagi tokoh itu masih punya waris yang masih hidup yang boleh dirujuk.

Mat Kilau ni pahlawan Negeri Pahang. Darah yang mengalir dalam tubuh ya adalah darah Pahlawan Anak Jati Pahang. Watak Hj Muhamad pun orang Pahang Juga. Di dalam Alam Melayu ni setiap suku kaum ada identitinya sendiri.

Busananya, senjatanya, kerisnya, tanjaknya, semuanya ada adab dan adat yang digunakan bagi menyampaikan kepada orang luar bahawa siapa dirinya. Jadi orang yang tak mengenali pun, baru melihat pakaiannya akan tahu siapa dirinya dan dari mana asalnya.

Tengok keris dah tahu siapa keturunannya. Itulah indahnya adab dan adat yang terkandung dalam setiap inci yang Melayu pakai. Penuh maksud tersurat dan tersirat. Berlambak Keris Pahang masih ada dalam simpanan, eh keris kodi ladrang jawa jugak kau sebat.

Lelaki ini marah, pengarah filem Mat Kilau buat 'kerosakan' pada busana Melayu asli

Busana Melayu atau dalam bahasa asalnya dinamakan Pakai Patut Melayu merupakan sepersalinan lengkap yang akan dipakaikan oleh orang Melayu bagi menggambarkan siapa diri si pemakai. Raja ada adab busananya, bangsawan ada adab lainnya, pahlawan panglima ada tatacaranya, ulamak pendeta juga ada adab lainnya, rakyat jelata juga ada busananya tersendiri.

Indahnya Alam Melayu yang mengamalkan sesuatu penuh adab, penuh maksud, kerana disitulah akan menunjukkan jatidiri dan identiti si pemakai.

Dah tu yang kau pakaikan watak Mat Kilau dengan keris Jawa tu dah kenapa? Nak kata takda tempat rujukan, dah tegur semasa pengambaran filem lagi, ‘jumpalah waris Aki, rujuk dan mohon izin darinya’, tapi kau sombong nak buat palatao. Bila mana ada pakar busana Melayu dan pakar sejarah yang cuba nak bagi teguran, tak nak dengar juga. Biladah kena kritik, tau pulak berasa yang mengkritik nak menjatuhkan nak sabotaj?

Nak buat sebuah filem yang dijadikan rujukan dokumentari berkaitan sejarah, kena lah ikut saluran yang tepat, jumpalah orang yang tepat, carilah sumber cerita yang tepat. Tak jatuh maruah kalau bertanya sebab malu bertanya kau sesat jalan. Ni dah lah sesat barat, jahanam adab kau kerjakan. Belum lagi aku masuk aksi Mat Kilau main Parkour terlompat terkinja sana sini dalam filem tu. aduh jemmmm. Eh gunalah buah silat yang sebenar permainan

Aki woii!!!!
Kita ada Jabatan Warisan Negara yang menjadi teras tunggak bagi hal² warisan, di belakang Jabatan Warisan adanya pakar tak didendang dari pelbagai kumpulan warisan lain seperti Dunia Seni Silat Melayu, Aktivis Busana

Melayu, ada Pernilam. Berapa banyak lagi kumpulan penggerak warisan yang boleh dirujuk bagi mendapatkan hasil kualiti filem yang jauh lebih hebat. Dalam Malaysia ni ada banyak dah penggerak warisan sejak 15 tahun kebelakangan ini yang mana hari demi hari mereka melestarikan, mengkaji dan terus mengkaji hal warisan seterusnya berperanan sebagai tempat rujukan. Ada Empayar Rumbawe, ada PURBA, ada PADAT, eh banyak lah yang mana mustahil kau akan silap kalau bertanya.

Arwah Aki (Mat Kilau) meninggalkan pusaka kerisnya yang masih elok tersimpan oleh warisnya. Kau bayangkan kalau kau cari waris ni masa pengambaran, waris izinkan utk menayangkan keris pusaka Pahlawan yang berjasa ni, apa akan jadi? Berderu darah semangat anak muda Melayu yang tonton filem ni. Ini tak. Habis cacamarba kau kerjakan.

Bukan sekali ni berlaku, bukan setakat Filem pasal warisan je, apa sahaja yang berkait warisan yang dijadikan tontonan antarabangsa habis jahanam disebabkan kedangkalan dan kesombongan pihak berkaitan yang tak nak merujuk pada tempat yang tepat. Bukan sekali dua kami tegur tapi tetap berlaku juga. Mana silapnya? Silapnya apabila pihak yang berkaitan yang ada autoriti tak mengangkat dan xnak mengiktiraf usaha badan bukan kerajaan NGO yang dah sekian lama menyumbang jasa dalam pelestarian warisan budaya.

Sedar²lah. Sudah²lah membuat silap. Anak muda harini dah pasti kurang pendedahan hal warisan, disajikan pula dengan adat yang cacamarba, punahlah impian nak meligat geberasi muda akan datang yang mengangkat adab melainkan
menjunjubg adab yang salah.

Adab bersendi syarak. Syarak bersendi kitabullah.
Adat memakai. Syarak mengata.

Janganlah jadi Melayu yang layu. Kalau sungguh kita nak mengangkat pusaka ssupaya dijadikan bekalan, buatlah dengan sungguh² dan bertanyalah kepada yang tahu. Jangan buat perangai palatao.
Alahaiii keris jawa dipinggang tak berkilau,
Adat Melayu dilupa²kan.

Alahaiii dah siap baru nak kata ‘kalau’,
Alamatnya rosaklah adab pusaka warisan.
Fikir²kanlah
Kesalahan Nyata dalam Poster bawah ni :
– Keris Datuk Bahaman keris Jawa
– Keris Haji Muhammad juga keris Jawa jenis Ladrang
– Hulu keris menghala keluar bererti mencari geruh
– Keris kodi jugak la jadi pilihan

Kalau Poster sebelum ni gambar keris je xde gambar orang. Yang tu lagi lah jahanam. Leris kodi jugak la layak utk Mat Kilau. Hmmm.
⚫️ Pak Li
Pengasas Aktivis Busana Melayu
Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia

BACA:

Pelumba basikal raih kemenangan dengan rempuh isteri sendiri di garisan penamat

Ellie sudah jangkakan Azri Iskandar akan berkahwin lain secepat ini

Kedai gunting rambut tawar khidmat tukang gunting wanita seksi kena denda