Terdahulu, pernah tular menu pelik straw Coffee Bean dijadikan pasta dan banyak lagi menu pelik yang pernah tular menjadi ikutan ramai.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok dari Singapura ini telah berkongsi sebuah video
memaparkan dirinya menikmati sarapan pagi dengan bijiran Koko Krunch dengan kari ayam.
Menerusi video terbabit, dia mengatakan gabungan rasa bijiran dan kari tidaklah seteruk yang disangka, sebaliknya sedap kerana rasa pedas dan manis daripada kari itu membuatkan ia unik.
@foodmakescalhappy Curry Cereal! 🧡🧡🧡 #sgfoodie #cookinghacks #easyrecipes #breakfastideas #cereal ♬ My Little Friends – Yona Yulisia
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut menzahirkan rasa pelik melihat kombinasi bijiran bersama kari ayam.
BACA:Â Patutlah pusat zakat tak ambil peduli dengan makcik ini, rupanya harta makcik bernilai RM1.7 juta