Lelaki ini kongsi pengalaman ikut jalan shortcut guna waze, Waze lupa pengguna guna kereta bukan sampan

Lelaki ini kongsi pengalaman ikut jalan shortcut guna waze, Waze lupa pengguna guna kereta bukan sampan

Seorang pengguna TikTok, @rozlynrozular, berkongsi video pengalaman mencabar ketika dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Aidiladha menggunakan aplikasi Waze.

Wanita itu bergerak dari Sungai Buloh menuju ke Machang, Kelantan pulang beraya di kampung pada Khamis lalu.

Lelaki ini kongsi pengalaman ikut jalan shortcut guna waze, Waze lupa pengguna guna kereta bukan sampan

Dalam klip berdurasi sembilan saat itu, dia berkongsi perjalanan balik kampung menggunakan laluan yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.

Video pendek itu menunjukkan kenderaannya melalui jalan sempit dengan keadaan sekelilingnya dipenuhi lalang dan pokok, seperti melalui jalan kampung.

Dalam video itu, beliau turut memberitahu perjalanan berkenaan mengambil masa 11 jam, sambil menulis ‘jalan shorcut (pintas) apa kau tunjuk ni waze’.

Turut kelihatan, sebuah lagi kenderaan di depannya yang turut menggunakan jalan sama.

@rozlynrozularPedih seorang perantau setiap kali balik raya 🥹

♬ Loh Eh Eh Kocak – Ari Rubiyanto

Seorang pengguna TikTok, @rizuan1998 turut berkongsi pandangan di ruangan komen, beliau berdepan pengalaman sama ketika menggunakan aplikasi berkenaan.

“Saya turut berdepan pengalaman lebih kurang sama. Bagaimanapun, kereta yang berada di depan ambil keputusan untuk berhenti, jadi saya tiada pilihan, terpaksa teruskan perjalanan. Waze kemudian bawa kami ke laluan berbukit yang gelap gelita,” katanya yang bersyukur akhirnya dapat mencari jalan keluar bersama 10 buah kenderaan lain di belakangnya.

Seorang lagi pengguna, @ais.k0s0ng turut berkongsi pengalaman lucu apabila Waze membawanya melalui jalan pintas

“Waze tunjukkan jalan memandu melalui kawasan sawah. Saya memandu kereta, bukan sampan,” katanya.

BACA:

Bila akan kembali berhijab? Sekali ini jawapan terpacul dari mulut Emma Maembong