Lelaki ini dedah mengapa Mat Saleh suka buat konten tentang Malaysia

Lelaki ini dedah mengapa Mat Saleh suka buat konten tentang Malaysia

Lelaki ini dedah mengapa Mat Saleh suka buat konten tentang Malaysia. Content creator ‘mat saleh’ dilihat tumbuh seperti cendawan lepas hujan di Malaysia ini dan kebanyakan daripadanya menggunakan budaya negara kita sebagai konten mereka.

Sebagai contoh, mereka akan menunjukkan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia, mencuba makanan tradisional, mempromosikan bisnes dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, rakyat kita juga dilihat begitu kagum dan turut mengikuti mereka di media sosial membuatkan ia menjadi seperti satu trend untuk mereka mendapat ‘sokongan’ di negara ini.

Seorang lelaki dikenali sebagai Thaqib Shaker tampil menegur kebanyakan rakyat Malaysia yang terlalu ‘obses’ dengan konten daripada orang asing.

Katanya, netizen terlalu mengagungkan ‘mat saleh’ yang hadir di negara kita dan membuat konten menggunakan konteks budaya orang Malaysia terutamanya kaum Melayu.

Lelaki ini dedah mengapa Mat Saleh suka buat konten tentang Malaysia

Jelasnya, situasi itu sebenarnya membuatkan mereka ini melihat Malaysia dan penduduknya sebagai satu kelebihan buat mereka untuk menjana duit.

Ini bukan soal kita cemburu pada mereka tetapi sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia. Orang putih tak pernah suka orang Asia apatah lagi orang Muslim.”
Tegur Thaqib lagi, sikap rakyat Malaysia yang gemar mengagungkan ‘mat saleh’ ini akan membuatkan mereka angkuh dan rasa hebat.

Ruangan komen video itu di TikTok dibanjiri dengan pendapat daripada warganet yang bersetuju dengan teguran dan apa yang dikatakan oleh Thaqib itu.

Ramai akui sedar dengan trend di mana rakyat Malaysia terlalu kagum dengan ‘mat saleh’ yang kononnya mahu mempromosikan Malaysia.

Malah, ruangan komen dan juga like diterima oleh mereka ini kebanyakannya adalah daripada rakyat Malaysia sendiri, bukanlah orang dari luar negara.

@thaqibshaker #matsaleh #bule #malaysia #eropah ♬ original sound – Thaqib Shaker

BACA:

Ibu terkejut anak mengadu sakit kemaluan, dubur… Rupanya angkara cikgu di Pusat Asuhan

Rasuah dalam proses urus jenazah, 3 staf hospital dipenjara

Tragedi tanah runtuh : 4 mayat ditemui dalam satu khemah