Lelaki ini dedah kos cas kereta Tesla bagi perjalanan 500km di Malaysia

Lelaki ini dedah kos cas kereta Tesla bagi perjalanan 500km di Malaysia

Lelaki ini dedah kos cas kereta Tesla bagi perjalanan 500km di Malaysia.Penggunaan kereta elektrik di Malaysia mungkin belum lagi menjadi kebiasaan, namun di Amerika Syarikat syarikat pembuat kereta elektrik Tesla sudah menjadi antara jenama kereta yang terkenal.

Walau bagaimanapun, di pasaran Malaysia kereta jenama Tesla ini sudah pun mula dijual. Buktinya, seorang lelaki telah membuat perkongsian berkenaan dengan kereta elektrik Tesla ini di laman TikTok. Dikenali sebagai Khal Iltizam, pemuda ini banyak berkongsi video menerusi video yang dimuat naik di laman sosial itu.

Antara yang menjadi perhatian adalah bagaimana untuk mengecas dan berapa pula harga cas yang diperlukan untuk kereta Tesla itu?

Menurutnya, terdapat beberapa lokasi yang menyediakan cas kereta elektrik secara percuma seperti di IKEA.

Selain itu juga, jika pemandu ingin mengecas di stesen minyak yang menyediakan perkhidmatan itu, bagi 50Kwat ia dikira sebanyak RM1.20 selama satu minit tempoh pengecasan.

Lelaki ini dedah kos cas kereta Tesla bagi perjalanan 500km di Malaysia

Dalam tu minit tu lebih kurang 1 peratus dan ini bermakna kalau dalam 100 peratus mungkin dalam anggaran RM120.

Untuk kereta Tesla Model 3 Performance, jika 100 peratus bateri telah dicas, ia boleh dipandu sejauh lebih kurang 500 kilometer. Kalau nak murah dan jimat, boleh cas di rumah dahulu kerana Tesla turut memberikan alat pengecas yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Tambahnya lagi, di Malaysia kini sudah banyak terdapat stesen minyak yang menawarkan perkhidmatan mengecas kereta elektrik. Jadi, sekiranya korang ingin memiliki kereta Tesla ini janganlah pula risau tentang kepayahan untuk mengecas kenderaan elektrik ini. Hiks!

@abg.tesla Reply to @myrulshah pengecas 50Kwat rm1.2 per min #fyp #tesla #teslamodel3performance ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

BACA:

Gadis Malaysia 21 tahun sudah pakai Tesla, kongsi pengalaman

Setahun pun masih elok, ini tips simpan durian tak ramai orang tahu

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran keras