Lelaki ini cipta dapur gas memasak menggunakan air

Lelaki ini cipta dapur gas memasak menggunakan air. Seorang lelaki warga Nigeria yang menetap di kawasan Jekadafari, negeri Gombe dilaporkan mencipta dapur memasak tanpa gas yang boleh berfungsi dengan hanya menggunakan air, lapor laman berita Legit.

Hadi Usman, 67, mencipta dapur yang tidak memerlukan gas atau minyak tanah dalam menghasilkan api untuk memasak.

Menurut media tempatan, juruteknik elektronik itu berjaya menghasilkan inovasi berkenaan kerana ingin memberikan sibsidi kepada kos penggunaan gas dan minyak tanah.

Sebuah video di laman YouTube memaparkan situasi ketika Hadi menunjukkan bagaimana dapur tanpa gas itu berjaya menghasilkan api.

Lelaki ini cipta dapur gas memasak menggunakan air

Lelaki yang pernah memasang pemancar radio serta mengendalikan stesen radio komuniti suatu masa dulu itu mahu institusi-institusi berkaitan membantu mempatenkan hasil inovasinya.

Beliau juga mahu wujudkan kerjasama dalam memastikan ia dihasilkan secara besar-besaran.

“Saya berharap institusi berkaitan boleh menyokong ke arah mempatenkan projek ini untuk pengeluaran besar-besaran. Ini bagi membantu mereka tanpa perlu membeli gas atau minyak tanah untuk memasak tetapi hanya dengan menggunakan air,’’ kata Hadi

BACA JUGA : Rolls-Royce kemalangan tersepit antara 2 lori besar, mana pemandunya?

Kecoh Wan Sharmila pengganti Siti Sarah, Syazwan pula nak jadi Imam selebriti itu

Suhu dunia akan meningkat pada bulan Mac ini, waktu siang dan malam akan jadi sama