Lelaki ditemui mati selepas cas telefon

Lelaki ditemui mati selepas cas telefon

Lelaki ditemui mati selepas cas telefon. Seorang pekerja kebun sayur warga Bangladesh ditemukan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit di sebuah rumah di Jalan Lorong Empang Batu, Kampung Jimah Lama di sini hari ini.

Mangsa, Md Abdul, 40-an, ditemukan terbaring oleh penyelianya selepas masih tidak kelihatan untuk bekerja di ladang sayur yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu.

Jiran mangsa, Ajarah Maarof, 59, berkata, dia dimaklumkan oleh penyelia kebun sayur tentang keadaan mangsa yang pengsan di atas lantai rumah.

“Saya dapati keadaan mangsa agak parah, bahagian dadanya terdapat kesan melecur dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Saya terus menghubungi pasukan bomba dan pihak polis untuk melihat keadaan mangsa sebelum disahkan pegawai perubatan yang mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Lelaki ditemui mati selepas cas telefon

Ajarah berkata, sejurus kemudian pihak polis tiba dan membawa mangsa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa seorang pekerja yang rajin dan selalu pergi ke masjid untuk solat jemaah dan setahu saya dia yang dipanggil ‘Baiya’ tidak mempunyai keluarga di Malaysia sejak bekerja dua tahun lalu di sini.

“Saya difahamkan wayar pengecas telefon bimbit mangsa turut basah terendam dalam air banjir kilat yang berlaku awal pagi tadi kemungkinan berlaku litar pintas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat.

BACA:

Anak ayam dah macam anak sendiri, gelagat kucing ini curi tumpuan

Suami bawa kekasih pulang ke rumah saat isteri keluar

BN telah capai kata sepakat untuk pilih siapa sebagai kerajaan