Lelaki ditemui mati ketika tidur, puncanya pasang 3 kipas ketika tidur

Seorang lelaki berusia 44 tahun ditemui tidak bernyawa di rumah abangnya di Chaiyaphum Muang, Thailand, setelah mati secara mengejut akibat hypothermia semasa tidur.

Pihak berkuasa mendakwa bahawa salah satu punca kematian lelaki itu adalah kerana dia memasang tiga kipas ketika tidur.

Mangsa, yang dikenali sebagai Boonkua, tidak menjangka suhu turun secara mendadak akibat memasang tiga kipas sekaligus semasa tidur, dan ini menyebabkan hypothermia.

Lelaki ditemui mati ketika tidur, puncanya pasang 3 kipas ketika tidur

Hypothermia berlaku apabila suhu badan manusia turun melepasi 35 darjah Celsius akibat cuaca sekitar yang sejuk.

Pihak polis dan pasukan kecemasan tiba di rumah mangsa pada jam 8:30 pagi selepas menerima panggilan kecemasan.

Abang mangsa, Saravuth Boonkua, menjelaskan bahawa adiknya datang untuk menjaga ibu mereka yang berusia 86 tahun yang sedang sakit.

Sobthawee, yang sebelum ini tiada sebarang masalah kesihatan, didapati tidur dengan menghadap tiga kipas tanpa menyedari bahawa suhu sekeliling mungkin turun secara mendadak.

Hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan bahawa Sobthawee meninggal dunia ketika tidur kerana suhu badannya tidak mampu menanggung cuaca luar yang sejuk.

Keluarga mangsa telah menerima pemergian Sobthawee dengan redha dan akan menguruskan upacara pengebumian mengikut kepercayaan agama.

Kisah ini menjadi amaran kepada kita semua, terutama ketika cuaca tidak menentu, untuk berhati-hati dengan penggunaan kipas angin atau peralatan penyejuk yang mungkin menyebabkan suhu badan tidak seimbang, dan ini boleh membawa kepada risiko kematian.

BACA: “Aku melafazkan cerai dengan talak satu dan yang membuatkan aku hilang kawalan apabila dia bertanya pada ku satu soalan yang aku tak mmpu beri jawapan”