Lelaki dedah kenapa Indonesia lebih maju dari Malaysia, bina projek dengan Elon Musk pulak

Lelaki dedah kenapa Indonesia lebih maju dari Malaysia, bina projek dengan Elon Musk pulak.Indonesia: National Interest dan Protectionism

1. Bateri dalam Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle – EV) adalah di-caj dan “discharged” oleh aliran ion Lithium di antara anod (anode) dan katod (cathode);

2. Anod yang mengandungi “nickel” memberikan kepadatan tenaga (energy density) yang tinggi, membolehkan EV dipandu lebih jauh.

3. Kobalt (Cobalt) di Katod pula memastikan bateri tidak “overheat” atau terbakar, membolehkan pembuat kereta memberi jaminan bateri tahan sehingga 10 tahun.

4. Bateri bagi kereta Tesla menggunakan kombinasi bahan Nickel-Cobalt-Aluminum (NCA).

5. Let’s skip the technical part, we go straight to business part. Kebanyakan nickel yang sesuai untuk bateri EV datangnya dari satu negara, jiran kepada Malaysia. Namanya, INDONESIA.

6. Biasalah tu kan, hasil bumi. Malaysia pun kaya dengan hasil bumi. Apa yang uniknya pendekatan Indonesia?

7. Indonesia sangat cerdik. Depa tahu nilai diri dan komoditi mereka. Jadi, depa straightforward kuatkuasakan “Protectionism”.

8. Sebelum kita sembang lanjut berkenaan “Protectionism”. Kita tengok dulu Pentadbiran Indonesia di bawah Jokowi.

9. Nak cerita terperinci, panjang…. Untuk mudah, kita letak rumusan am – Jokowi cuma ambil orang berkebolehan dan strategik dalam pentadbiran dia. Tidak kiralah samada orang itu pesaing politik atau tua atau muda.

10. Jokowi gabungkan Kementerian Riset dan Teknologi dengan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan menjadi Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi. Riset = Research = Penyelidikan.

11. Kenapa? Sebab Jokowi tahu untuk Indonesia bersaing dengan kuasa besar, Indonesia perlu kuat dalam pengkomersialan teknologi. Pengkomersialan teknologi cuma boleh dibuat sekiranya ada ekosistem yang bagus iaitu bakat dan home-grown technology.

12. Untuk ada bakat dan home-grown technology, rakyat Indonesia perlu berpelajaran. Jadi, pendidikan bukan sahaja satu keperluan, malah ia satu budaya.

13. Jadi, Jokowi gabungkan terus Pendidikan, Penyelidikan dan Kebudayaan di bawah satu Kementerian – untuk cantas birokrasi antara Kementerian.

14. Siapa Menteri Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi? Nadiem Makarim.

15. Siapa Nadiem Makarim? Co-founder Gojek iaitu syarikat berstatus Unicorn (syarikat nilaian minimum USD1 billion) yang merupakan syarikat Unicorn pertama di Indonesia dengan nilaian melebihi USD 10 billion. Juga, graduan Universiti Harvard.

May be an image of 4 people and text that says "DUNIA TERBARU 1 POPULAR VOCKET FC SUMBER GAMBAR Nilai Saham Syarikat Indonesia Meningkat Selepas Elon Musk Makan Gula-Gula Kopiko 6.5K Oleh Hazim Jaafar Dunia April 27, 2022 2:49 PM"

16. Umur Nadiem Makarim? Tahun ni, baru nak masuk 38 tahun.

17. Selain itu? Indonesia put their trust kepada sorang ni, namanya Erick Thohir, untuk jaga state-owned enterprises. Beliau adalah Menteri di Kementerian Badan Usaha Milik Negara.

18. Pada dasarnya, semua GLC Indonesia, Erick Thohir yang jaga.

19. Panjang nak tulis kalau pasal Erick Thohir ni. Korang google je la sendiri, bersama dengan TNT group iaitu syarikat investment holding kepunyaan family dia.

20. To put it simple. Dia ni mmg capable and well connected.

21. Apa yang berlaku bila letak orang cerdik dan berkebolehan? Indonesia gain advantage apabila depa nak laksanakan dasar “Protectionism” untuk kepentingan negara.

22. Dalam Kes EV ni, Indonesia ada rizab Nickel terbesar di dunia. Sebagaimana di atas, Nickel ni adalah bahan sangat penting untuk buat bateri EV, khasnya untuk kereta Tesla.

23. Indonesia terus kuatkuasakan “Protectionism”. Mereka tidak benarkan eksport “raw nickel” ke luar negara.

24. Sebaliknya, Indonesia kenakan syarat. Kalau nak nickel dari Indonesia, wajib buka processing plant di Indonesia. Process dulu, kemudian baru export.

25. Kalau tak nak terima syarat, boleh blah. Orang lain dari negara lain ramai nak nickel depa.

26. Bila buka processing plant di Indonesia, bukan sahaja akan wujudkan peluang kerja, malah bangunkan supply chain di Indonesia serta rakyat depa dapat knowledge and technology transfer.

27. Jadi dengan itu, Indonesia dapat manfaat yang optimum dalam masa yang sama melindungi National Interest mereka dengan kaedah “Protectionism”.


TONTON :

BACA:

Surat Haji dah keluar, ini perkara yang wajib jemaah ambil tahu

Pengurusan Twitter ‘huru-hura’ selepas Elon Musk jadi pemilik