Sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu tanggungjawab penting yang harus dilakukan oleh majikan untuk setiap pekerja yang diambil bekerja.
Walau bagaimanapun, ada beberapa majikan yang menganggap remeh perkara ini dan sanggup melakukan penindasan terhadap pekerja
dengan tidak membayar sumbangan KWSP seperti yang diwajibkan oleh undang-undang negara.
Melalui suatu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @Farezadnanofficial,
beliau mendakwa sebuah tadika terkenal telah melakukan penindasan terhadap guru-guru dengan tidak membuat sumbangan KWSP selama bertahun-tahun.
Beliau juga mengatakan bahawa anak saudaranya yang bekerja di tadika tersebut telah membuat laporan polis, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil.
“Kamu tahu tak, tadika terkenal sekarang sedang menindas guru-guru? Kamu tahu tak, mereka tidak membayar KWSP berapa lama dah.
“Saya ada saudara yang bekerja di situ. Dia sudah membuat laporan polis, ramai sudah membuat laporan polis tetapi tiada tindakan.
“Sekarang ini sudah bertahun-tahun mereka tidak membayar KWSP, ini adalah hak mereka, guru-guru, dan juga semua warga kerja yang ada di situ,” katanya.
@farezadnanofficialSIAPA YANG TERLIBAT? Siapa teraniaya juga? Komen dan DM saya please.♬ original sound – Farez Adnan
Walau bagaimanapun, individu yang dikenali sebagai Farez enggan mendedahkan nama tadika tersebut secara terbuka kepada orang ramai, tetapi memberi petunjuk bahawa majikan tadika tersebut terlibat dengan Quantum Metal (QM).
Selepas pendedahan itu, beliau menyeru kepada guru-guru yang terlibat untuk membuat aduan di pejabat buruh kerana mereka berhak untuk menerima sumbangan KWSP setiap bulan mengikut kadar semasa yang ditetapkan.
“Eh, kamu tahu tak, sebenarnya bos besar tadika tersebut terlibat dalam QM dan duit tidak diberikan, saya tidak tuduh sesiapa pun.
“Saya tidak mahu menyebut nama penuh tadika itu, saya sebut BB sahaja. Mereka menindas ramai guru-guru, dengarlah kata-kata saya ini, pergilah pejabat buruh, buat laporan dan tuntut hak kamu,” katanya.
Dalam ruangan komen, ramai yang terkejut dengan tindakan pihak pengurusan tadika terkenal tersebut kerana walaupun nampak Islamik, realitinya mereka tidak menjaga kebajikan pekerja-pekerja mereka.
BACA: Kalau bab adik beradik laju je suami aku bantu sampai aku dan anak-anak kena ikat perut