Seorang lelaki misteri muncul di Instagram @anti.prophet memuji Malaysia sebagai destinasi terbaik
untuk memulakan hidup baharu, menarik perhatian warga asing yang sedang mencari tempat untuk menetap.
Menurutnya, salah satu sebab utama adalah harga hartanah yang berpatutan di Malaysia berbanding dengan Amerika Syarikat.
“Saya boleh menyewa sebuah rumah dua bilik yang cantik di tengah-tengah ibu kota dengan hanya USD600 (RM2,790) sahaja.
Anda tidak akan mendapat tawaran sebegini di ibu kota Amerika Syarikat,” katanya.
Beliau menambah, Kuala Lumpur sedang membangun dengan pesat, menawarkan pelbagai pusat beli-belah, makanan lazat, dan budaya yang kaya.
Selain itu, beliau memuji Malaysia sebagai tempat yang selamat berbanding beberapa lokasi di Amerika Latin.
“Di mana lagi anda boleh keluar rumah tanpa risau tentang keselamatan diri dan harta benda?
Kuala Lumpur adalah tempat yang patut anda pertimbangkan,” tambahnya.
Lihat siaran ini di Instagram
Lelaki misteri itu juga memberi pujian kepada sistem kesihatan Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
“Anda boleh mendapatkan pelbagai ujian kesihatan pada harga yang berpatutan di Malaysia.
Di Amerika Syarikat, kos untuk prosedur-perosder yang sama boleh mencapai ribuan dolar,” katanya.
Perkongsian beliau ini telah menarik perhatian ramai, terutama mereka yang sedang merancang untuk mencari tempat tinggal yang baru.
BACA: Wabak baru lagi! Ribuan kanak-kanak di China dikejarkan ke hospital, Malaysia kena berjaga-jaga