Apabila ibu atau ayah dipanggil Ilahi, masalah perebutan harta pusaka boleh mencetus di kalangan anak-anak sehingga menimbulkan keretakan silaturahim.
Dalam suatu video yang menjadi viral di media sosial, konflik seumpama itu dialami oleh seorang ibu kandung dan anak lelakinya.
Dalam video tersebut, seorang pemuda terlihat menengking dan menghalau ibunya yang berada di hadapan rumah mereka.
Suara wanita itu agak sayup-sayup meminta sesuatu barang, namun anaknya terus marah dan mengancam untuk memanggil polis.
Setelah video itu tersebar, ramai netizen mengkritik perlakuan kasar si anak, menyifatkannya sebagai ‘derhaka’ kerana memperlakukan ibunya dengan begitu buruk.
Namun, terdapat kebenaran lain yang tersembunyi di sebalik kemarahan si anak. Menurut penjelasan dari pihak jiran dan kenalan terdekat, wanita tersebut dikatakan berselingkuh dengan lelaki lain dan telah mengabaikan anak-anaknya selama bertahun-tahun..3
>ibunya gak hadir selama ini dalam hidup dia
>dia ngurus bapak sama adek-adeknya
>ketika bapaknya meninggal, ibunya datang untuk minta sertif rumah
>anaknya marahNetizen maha Agung: ANAK DURHAKA!!!!
Like? Lu pada gak punya hati? This just shameless episode but reality. https://t.co/R278JEpzQd
— Lalita (@Jessenielle) November 17, 2023
Selama ini, ayah mereka yang mengambil tanggungjawab penuh dalam membesarkan anak-anak tanpa kehadiran isteri.
Diketahui bahawa ibu tersebut telah lama menghilang dan anak-anak, terutamanya si anak lelaki, telah menjaga ayah mereka yang sakit hingga hembusan nafas terakhir. Kini, setelah kematian ayah mereka, wanita tersebut muncul kembali dan meminta geran rumah pusaka dengan alasan “mempunyai hak”.
Dalam video itu, ketika diminta untuk pergi, ibu tersebut menjelaskan bahawa dia masih memiliki hak, namun anaknya bersikeras dan menuduh ibunya seolah-olah telah mengkhianatinya.
Konflik ini menyorot rumitnya hubungan keluarga dan cabaran yang mungkin dihadapi ketika melibatkan isu warisan dan hubungan yang terputus.