Laporan awal nahas pesawat ringan di Elmina didedahkan , ramai nak tahu

Laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier di Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu

Laporan menyatakan tiada bukti penemuan objek asing di kedua-dua belah enjin kiri dan kanan pesawat.

Kementerian Pengangkutan hari ini menyebut bahawa faktor kesihatan dan psikologi diketepikan sebagai punca nahas membabitkan pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 pada 17 Ogos lalu.

Laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier di Elmina didedahkan , ramai nak tahu

Kedua-dua juruterbang mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius, berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit pesawat itu juga telah selesai dan analisis sedang dijalankan, dengan transkrip hanya akan dimasukkan dalam laporan akhir jika perlu.

Kementerian itu menjelaskan punca nahas pesawat terbabit hanya akan didedahkan dalam laporan akhir.

Pesawat jenis Beechcraft Premier 1 mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggarakan mengikut peraturan.

Pesawat itu juga mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

Pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

Kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik dengan jarak penglihatan 10 kilometer.

Laporan awal itu mengandungi 26 muka surat itu, antara lain bermula dengan pengenalan dan sinopsis, fakta mengenai pesawat dan tragedi menyayat hati itu, teknik penyiasat dan diakhiri dengan rumusan serta hasil siasatan.

Kandungan lain dalam laporan siasatan nahas pesawat dinaiki lapan individu dijalankan ialah punca tragedi berkenaan, data nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan.

BACA: “Jangan Memandai Tuduh Kami Tuang Minyak Atas Jalan,”– Abang Towing pulak dipersalahkan