Lain macam mesra, ramai berdebar tengok gelagat ‘manja’ Aliff Aziz, Sophia Albarakbah

Lain macam mesra, ramai berdebar tengok gelagat 'manja' Aliff Aziz, Sophia Albarakbah

Lain macam mesra, ramai berdebar tengok gelagat ‘manja’ Aliff Aziz, Sophia Albarakbah. Bergandingan menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang kini sedang menjalani penggambaran di Sabah, kemesraan pelakon Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah mencetuskan rasa kurang senang peminat.

Memetik Harian Metro, menerusi satu perkongsian video di TikTok Sophia, netizen meluahkan rasa bimbang serta berdebar dengan aksi mesra dipamerkan serta risau jika ianya mencetuskan masalah besar.

Menerusi video dikongsikan, Aliff dilihat membelai rambut Sophia sambil aktres itu merenung tepat ke wajah suami kepada penyanyi Bella Astillah itu.

Lain macam mesra, ramai berdebar tengok gelagat 'manja' Aliff Aziz, Sophia Albarakbah

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan bahaya kerana pasangan gandingan itu sememangnya kacak dan cantik.

Dalam pada itu, ramai yang memuji gandingan kedua pelakon itu sememangnya sepadan serta tidak sabar untuk menyaksikan drama arahan Osman Ali itu.

@sophiaalbarakbah Raisya Hannah x Luth Mikhail #kuakadkaudenganbismillah #sophiaalbarakbah #aliffaziz #slotakasiatv3 #dramaadaptasinovel ♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

BACA:

Tambang bas sekolah RM300, ibubapa mula garu kepala

Menang kes saman terhadap Ali Puteh, komen balu Abam buat ramai tergamam

Tahanan wanita sebak diberi peluang tatap jenazah anak bongsu kali terakhir