Lagu Tiara kembali meletup, ini luahan penyanyi asal

Lagu Tiara kembali meletup, ini luahan penyanyi asal

Lagu Tiara kembali meletup, ini luahan penyanyi asal. Penyanyi Alim Kris tidak berhasrat untuk kembali aktif menyanyi dan tinggal di Kuala Lumpur biarpun namanya kembali popular.

Alim, 52, atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Bukhari berkata, namanya menjadi sebutan selepas lagu popular mereka, Tiara dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar dalam versi slow rock.

“Saya sebenarnya masih menyanyi dan sebulan sekali tetap ada show. Namun berbanding dulu, orang dah mula cari saya semula sekarang.

“Dari sudut lain saya berbangga kerana perkara ini menyedarkan penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) berkenaan kewujudan saya dalam industri.

“Mungkin ada yang tak kenal saya dan Kris berbanding artis seberang kenal saya dan menghargai kami,” katanya kepada Harian Metro.

Lagu Tiara kembali meletup, ini luahan penyanyi asal

Alim yang kini menetap di Ipoh, Perak berkata, dia tidak akan berhijrah semula ke Kuala Lumpur kerana sudah puas tinggal di ibu kota.

“Saya sekarang lebih selesa tinggal di Ipoh kerana tak boleh lagi tinggal di Kuala Lumpur. Cukuplah…sakit kepala dengan suasananya.

“Di kampung sekarang saya ternak ikan tapi sekadar main-main sahaja,” katanya yang mengakui kurang sihat ketika ini.

Terdahulu Raffa Affar berkata, biarpun nyanyiannya dikatakan lembik, dia hanya ingin berkarya dalam cara tersendiri.

Menurutnya, semua orang berhak memberikan pendapat selain tidak dapat memaksa mereka menerima lagu nyanyiannya.

Versi yang dinyanyikan juga hanyalah arahan daripada syarikat rakaman dan sudah dipersetujui oleh penerbit.

BACA:

Tiba-tiba naik angin, Fizi Ali dedah apa yang berlaku

Bayaran pinjaman pula bakal meningkat

“Saya hanya gelek ‘simple’, sedap mata memandang” – Beby acha