Lagu cover healing sampai pagi nyanyian Naufal undang komen netizen ‘gini maghrib dah nak balik, terus tak jadi healing sampai pagi’

Lagu cover healing sampai pagi nyanyian Naufal undang komen netizen ‘gini maghrib dah nak balik, terus tak jadi healing sampai pagi’

Pengguna laman TikTok pastinya sering mendengar lagu berjudul Malampagi yang digunakan oleh kebanyakan wargamaya ketika ini sebagai lagu tema bagi trend ‘healing’.

Lagu nyanyian asal penyanyi baharu bernama Saixse itu menjadi tular dan mula mendapat perhatian wargamaya

Lagu cover healing sampai pagi nyanyian Naufal undang komen netizen 'gini maghrib dah nak balik, terus tak jadi healing sampai pagi'

sejak beberapa bulan lalu disebabkan lirik yang santai serta melodinya yang dekat di hati pendengar.

Terbaharu, penyanyi meningkat naik Nuafal Azrin telah menyanyikan semula lagu tersebut namun melodinya telah diubah kepada irama Arab.

Seperti diketahui umum, Naufal mula mencipta namanya menerusi lagu Casablanca duet bersama Nuha Bahrin yang mana lagu berkenaan berentak irama Arab.

Susulan pengubahsuaian itu, lagu Malampagi versi Naufal telah mendapat pelbagai reaksi netizen..

BACA: “Along keluarkan duit umi, ternampak baki simpanan umi, aku terbayang betapa bersinarnya mata along nampak duit umi, awal pinjam 10k, esok kata tak cukup pula”

@beegoodmusic Malam pagi version Naufal ok ke? @saixse #malampagi ♬ original sound – Beegood Music

‘Tak jadi healing’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berkata mereka sedikit janggal dan ‘kekok’ selepas mendengar versi Naufal.

Malah, ada segelintir yang berseloroh mengatakan mereka tidak jadi untuk ‘healing’ disebabkan merasa takut.

BACA:

“Abah kata, memang tiap-tiap minggu selalu ada dia ni.. RM11, dengan duit RM10 mesti dia gulung dengan duit RM1..jadi duit RM1 je yang nampak”