KWSP: Mohon lambat tapi nak awal, jangan mimpi..” – Tengku Zafrul

KWSP: Mohon lambat tapi nak awal, jangan mimpi..” – Tengku Zafrul. Sejak semalam, media sosial ‘dibanjiri’ dengan luahan pencarum yang rata-ratanya berkongsi keterujaan mereka apabila pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 akan dikreditkan bermula hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

KWSP: Mohon lambat tapi nak awal, jangan mimpi.." - Tengku Zafrul

Sehubungan itu, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran Facebooknya dan kebanyakan mereka meluahkan rasa syukur.

Sementara itu, aktivis, Abdul Rani Kulup juga turut meninggalkan komen seolah-olah memberi amaran kepada Tengku Zafrul sekiranya wang KWSP tidak dikreditkan pada tarikh 20 April ini, dia akan membuat tindakan lanjut.

“KWSP ayah 20 April ini tak masuk, siap ayah ‘kerjakan’ kau,” katanya.

Lebih menarik, komen tersebut mendapat perhatian Tengku Zafrul dan beliau bertindak membalas komen berkenaan dengan memberitahu sekiranya pemohon membuat permohonan awal sejak 1 April lalu, mereka akan mula mendapatkan wang dalam peringkat paling awal.

“Garangnya ayah Rani, kalau 1 April dah mohon, insya-Allah boleh dapat cepat, tapi kalau 15 April baru mohon harap nak dapat 20 April, yang itu dapat dalam mimpi sahaja lah,” balasnya.

Menurut Tengku Zafrul, pengkreditan wang pengeluaran khas KWSP pada peringkat awal ini akan diutamakan kepada pencarum yang membuat permohonan paling awal dan ia akan terus disalurkan kepada penerima lain secara berperingkat. – KOSMO! ONLINE.

TONTON:

BACA:

Bantuan kewangan RM200 hingga RM1,200 mengikut kategori pekerja

Penduduk gempar dengan makhluk tak berkepala dan tiada kaki atas pokok

Ini bayaran sebenar bonus aidilfitri untuk pekerja Selangor mengikut kategori

COMMENTS

Wordpress (0)