Kutipan ‘Air Force The Movie’ hampir menyamai rekod Mat Kilau

Kutipan 'Air Force The Movie' hampir menyamai rekod Mat Kilau

Kutipan ‘Air Force The Movie’ hampir menyamai rekod Mat Kilau. Selepas tiga hari ditayangkan di pawagam, filem aksi terbaharu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih hasil kutipan sebanyak RM6 juta.

Kutipan pantas filem ini hampir menyamai rekod kutipan filem aksi inspirasi sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berjaya meraih sebanyak RM7 juta sepantas tiga hari ditayangkan.

Berita gembira itu dimuat naik sendiri oleh pihak penerbitan menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi mereka pada semalam.

“#AirForceTheMovie berjaya mengutip RM6 juta dalam 3 hari tayangan! Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini!,” tulis kapsyen akaun rasmi filem tersebut.

Dalam pada itu, para pelakon filem bertemakan ketenteraan itu turut menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang diperolehi.

Kutipan 'Air Force The Movie' hampir menyamai rekod Mat Kilau

Antara pelakon Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang berkongsi rasa gembira itu adalah sosok tubuh yang pernah memegang watak pahlawan sebuah filem inspirasi sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan iaitu Datuk Adi Putra.

“Alhamdulillah. Pertama dalam sejarah selama tiga hari tayangan dengan kutipan RM 6,000,000.00. Terima kasih pada semua yang menyokong,” maklum Datuk Adi Putra di Instagram miliknya semalam.

Dalam pada itu, pelakon lain yang turut membintangi filem aksi tersebut, Aiman Hakim Ridza turut sama tidak terkecuali menyatakan rasa syukurnya.

“Terima Kasih atas sokongan anda semua! Teruskan menyokong filem tempatan! Filem #airforcethemovieselagibernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam masa 3 hari tayangan!,” jelas Aiman di Instagram.

BACA:

Harga air balang Syahmi Sazli naik, ini puncanya

Selangor tawar rumah mampu milik di 5 lokasi menarik, ini syarat memohon