Kumpulan Rock hanya dibayar RM50 seorang untuk persembahan

Kumpulan Rock hanya dibayar RM50 seorang untuk persembahan

Kumpulan Rock hanya dibayar RM50 seorang untuk persembahan. Hanya RM50 seorang.

Itulah jumlah bayaran yang ditawarkan kepada anggota sebuah kumpulan rock untuk membuat persembahan di Melaka, baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan Presiden Rockers Apa Khabar yang juga penganjur konsert, Megat Syafnir Faree Ahmad yang kesal dengan layanan pihak-pihak tertentu terhadap kumpulan rock atau penyanyi yang dikategorikan ‘otai’ dalam industri muzik tanah air.

Megat Syafnir yang enggan mendedahkan nama kumpulan terbabit dan penganjur persembahan itu berkata, apa yang dilakukan penganjur itu adalah penghinaan terhadap artis terbabit.

“Saya tak nak malukan mana-mana pihak. Hamba Allah (penyanyi) ini orang tua. Dia berusaha buat ‘comeback’ tubuhkan semula kumpulannya. Namun, ditawarkan bayaran tak masuk akal di mana setiap anggota hanya dibayar RM50. Jangan rendahkan martabat anak seni,” katanya.

Kumpulan Rock hanya dibayar RM50 seorang untuk persembahan

Megat Syafnir berkata, bagaimanapun mereka menolak tawaran itu kerana ia sangat tidak berbaloi.

Menurutnya, apa yang dilakukan penganjur terbabit adalah penghinaan terhadap kumpulan itu.

“Jangan ambil kesempatan. Mentang-mentanglah manusia terdesak dan perlukan wang. Jadi di situlah banyak perkara berlaku.

“Kebetulan saya kenal penganjur itu. Saya kemudian cakap elok-elok dengannya. Janganlah nilai orang macam tu. Jangan ambil kesempatan,” katanya.

Sementara itu, dia yang juga Pengarah Persembahan Pesta Laut Lumut 2022 memilih menampilkan ramai artis-artis rock dan penyanyi era 60-an pada program itu.

“Ia sebagai satu program yang ‘friendly’ di mana kita bagi dan kongsi platform untuk mereka beraksi. Ia situasi menang-menang untuk semua,” katanya.

Pesta Laut Lumut 2022 anjuran Eagle Swipe Global Sdn Bhd bersama Downbeat Studio dengan sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia akan berlangsung dari 23 Disember ini hingga 1 Januari 2023.

Barisan artis yang terbabit antaranya ialah Loving Born, Samudera, Dinamik, Teja, Kris, Azimat, Stripes, Jeffrydin, S Mariam, L Ramlie, Febians, Kugiran D Tepi Pantai, Lipan Bara dan ramai lagi.

BACA:

Ramai mula membanjiri pejabat Anwar, notis terpaksa ditampal

Rusuhan di Lenggong adalah palsu, Polis cari dalang yang buat sebaran

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bermula