Kumpulan aktivis di India bakar gambar Shah Rukh Khan, apa sudah jadi?

Kumpulan aktivis di India bakar gambar Shah Rukh Khan, apa sudah jadi?

Kumpulan aktivis di India bakar gambar Shah Rukh Khan, apa sudah jadi?. Aktivis dari sebuah organisasi telah melakukan protes terhadap filem Bollywood yang akan datang berjudul Pathaan dan lagunya Besharam Rang di bandar Indore, India pada hari Rabu, semalam.

Dipetik dari India Today, protes itu berlaku beberapa jam selepas menteri negeri Narottam Mishra menggesa agar filem itu diharamkan kerana “adegan yang sensitif” dan penggunaan kostum saffron. Difahamkan penggunaan kostum berwarna saffron (jingga) sebagai penghinaan terhadap agama Hindu.

Beberapa pengguna media sosial mengadu tentang penggunaan pakaian warna saffron dalam lagu itu malah mendakwa ia sengaja dilakukan untuk menghina warna tersebut. Chandrashekhar Tiwari, Presiden Sanskriti Bachao Manch membantah lagu ‘Besharam Rang’ dalam filem Paathan arahan Shah Rukh Khan.

Kumpulan aktivis di India bakar gambar Shah Rukh Khan, apa sudah jadi?

Chandrashekhar Tiwari berkata bahawa ini adalah penghinaan terhadap pakaian saffron dan dia harus meminta maaf kepada semua penganut Sanatan Dharma.

Besharam Rang, dikeluarkan pada hari Isnin, menampilkan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone melakukan penggambaran di Sepanyol. Video muzik bermula dengan Deepika memakai monokini emas manakala Shah Rukh berbaju pantai.

Aktivis Kumpulan Veer Shivaji berkumpul di persimpangan jalan dan membakar patung pelakon Deepika Padukone dan Shah Rukh Khan, lapor PTI.

Mereka juga menuntut pengharaman filem itu, yang akan ditayangkan pada Januari tahun depan, dengan mendakwa masyarakat Hindu tersinggung dengan kandungan dari lagu Besharam Rang.

BACA:

Selepas Jamal, Ummi Nazeera pula tarik diri dari Muafakat Nasional

Jawatan kosong untuk diisi KWSP Januari 2023

Guna speaker hanya dalam masjid di Pulau Pinang, lelaki ini tampil beri penjelasan