Kucing Rafizi hilang jadi trending

Seekor kucing peliharaan milik keluarga Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke kediaman mereka di Presint 10 Putrajaya di sini sejak dua hari lalu.

Rafizi menerusi hantaran di Facebook merayu kepada penduduk di sekitar lokasi kediaman beliau supaya menghubunginya sekiranya ternampak haiwan peliharaannya itu yang diberi nama Muffin.

“Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya.

“Dah dua hari Muffin tak balik rumah, dia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar,” katanya.

Rafizi berkata kucing peliharaannya itu dikatakan mudah mesra dan tidak takut jika ada orang yang tidak dikenali mendekatinya.

“Dia (Muffin) terlebih mesra dengan sesiapa (walaupun dia tak kenal),” katanya.

Menerusi satu hantaran itu, juga Rafizi turut menyertakan satu rakaman video memaparkan telatah kucingnya itu.

Baca : Anak lelaki terkaya dunia kahwin, penduduk setempat yang panas