Kualiti daging ayam meningkat, rupanya penternak bagi makan ganja

Kualiti daging ayam meningkat, rupanya penternak bagi makan ganja

Kualiti daging ayam meningkat, rupanya penternak bagi makan ganja. Komuniti penternak ayam di Lampang mendakwa penggunaan ganja sebagai pengganti antibiotik dapat meningkatkan kualiti daging dan telur ayam.

Presiden perusahaan komuniti Peth Lanna, Sirin Chaemthet berkata, satu eksperimen dilakukan dengan kerjasama Fakulti Pertanian Universiti Chiang Mai dengan menggantikan penggunaan antibiotik kepada ganja untuk ternakan ayam.

Dia mendakwa petani memilih ganja sebagai makanan gantian ayam selepas ternakan mereka dijangkiti ‘avian bronchitis’ walaupun disuntik antibiotik.

“Selepas makan ganja, ternakan menghasilkan imuniti terhadap penyakit dan mampu bertahan dalam keadaan cuaca buruk.

“Justeru penternak mengambil keputusan tidak lagi menggunakan antibiotik sebaliknya menukar ganja sebagai makanan ayam,” katanya seperti dilaporkan The Nation Thailand.

Kualiti daging ayam meningkat, rupanya penternak bagi makan ganja

Sirin berkata, perusahaan menjual daging ayam pada harga 100 baht sekilogram (RM12.66) secara dalam talian.

Menurutnya, menu nasi ayam yang diperbuat daripada ayam yang memakan ganja menerima maklum balas baik dan pihaknya bercadang menjual ayam panggang selepas ini.

“Menu ini memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan makanan sihat dan organik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peladang Kebangsaan, Prapat Panyachatrak berkata, penggunaan antibiotik pada ayam boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti menurunkan imuniti dan menyebabkan alahan.

“Memberi ayam makan makanan berasaskan ganja bukan saja dapat memastikan kesihatan pengguna terpelihara malah meningkat nilai komersial produk,” katanya.

BACA:

Permohonan Jonathan Laidlaw dalam rayuan akhir SRC ditolak

Penduduk kampung ni terkejut, tanah mereka keluarkan emas, sekali ‘lombong’ boleh dapat 7 kilo

Ramai yang ternanti-nanti, ini tarikh bayaran BKM Fasa 2