KPPA pernah kecoh kes ‘tengking’ pegawai Imigresen ditamatkan perkhidmatan?

KPPA pernah kecoh kes ‘tengking’ pegawai Imigresen ditamatkan perkhidmatan?

KPPA pernah kecoh kes ‘tengking’ pegawai Imigresen ditamatkan perkhidmatan?. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin berdasarkan satu surat yang tular di media sosial.

Surat bertarikh 1 Disember lalu itu ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menerusi surat penamatan perkhidmatan berkenaan, dinyatakan bahawa kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan beliau demi kepentingan awam.

KPPA pernah kecoh kes 'tengking' pegawai Imigresen ditamatkan perkhidmatan?

Keputusan itu dibuat di bawah peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan dipersarakan mengikut perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Mohd Shafiq pernah terpalit kontroversi sebelum ini apabila dituduh mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) yang bertugas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Surat penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA yang tular di media sosial.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menjelaskan bahawa Mohd Shafiq hanya membuat teguran terhadap Imigresen khususnya Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.

Namun, beberapa pihak termasuk Ketua Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil menggesa Mohd Shafiq melepaskan jawatannya secara terhormat ekoran isu moralnya itu disifatkan mencalar imej perkhidmatan awam.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan penamatan perkhidmatan itu daripada Mohd Zuki dan Mohd Shafiq.

BACA:

Awas !!! Hujan tak berhenti dijangka bermula 17 Disember

Bapa disyaki dera anak hingga mati, tanam tepi jalan

7 lelaki bertopeng samun ibu pegawai polis, RM80,000 lesap