Nama Abang Tesla sejak awal minggu ini hangat diperkatakan apabila video dia memujuk isteri pertama.
.Dikhabarkan yang menangis teresak-esak beberapa jam sebelum bernikah lain telah menjadi perhatian ramai.
Pelbagai kecaman diterima sehingga pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi berkaitan punca dia bernikah lagi satu.
Namun begitu, Abang Tesla atau Khal Iltizam kelihatan tidak membalas segala tanggapan negatif netizen berhubung tindakannya berpoligami walaupun teruk dihentam di media sosial.
Beli kopi sama2
Dalam satu perkongsian TikTok dibuat seorang pengguna dikenali sebagai @maslizabaharim telah berkongsi video ketika terlihat Abang Tesla dan isteri pertamanya ‘tenang-tenang’ sahaja membeli minuman di sebuah premis minuman.
@maslizabaharim #abgtesla #starbucks #bpmallbatupahat ♬ original sound – ABG.TESLA
Dia tak terkesan pun dengan netizen
Dia dilihat bersama dengan isteri pertama dan mereka juga kelihatan dalam keadaan baik walaupun sedang dilanda kontroversi berkaitan perkahwinan keduanya.
Menjengah ke ruangan komen pengguna TikTok itu, masing-masing telah meninggalkan maklum balas dengan mengatakan bahawa Abang Tesla terlihat biasa sahaja sedangkan netizen pula yang bergaduh di media sosial berhubung isu tular itu.
BAca: Akhirnya mahkamah dedahkan nama tiga pemain bola terkenal tiduri wanita sama