Kopi Latte paling pelik dalam dunia ini dijual macam goreng pisang panas, rasa pedas manis!

CHINA sememangnya terkenal dengan hidangan mahupun minuman yang unik dan pelik.

Terkini, sebuah kedai kopi di Ganzhou menjadi tular kerana menyediakan minuman pelik yang menggabungkan latte ais tradisional dengan cili kering dan serbuk cili.

Jingshi Coffee melancarkan ‘hot ais latte’, sebagai penghormatan kepada masakan terkenal di Wilayah Jianxi.

Kopi Latte paling pelik dalam dunia ini dijual macam goreng pisang panas, rasa pedas manis!

Meskipun pelik, minuman yang mula dipasarkan Disember tahun lalu, mendapat sambutan hebat apabila 300 cawan dijual setiap hari.

Mereka yang pernah mencubanya menyatakan, minuman tersebut lebih pedas daripada latte biasa.

“Latte baru ini tidaklah teruk seperti yang disangka. Rasanya sedikit pedas dan sedikit manis,” tulis seorang pelanggan yang berpuas hati tentang minuman itu.

Latte ais yang diselitkan cili baharu berharga 20 yuan (RM13.31) dan dijangka menjadi hidangan tetap pada menu Kopi Jingshi.

Baca juga: Wabak Bubonik yang pernah bunuh 50 juta orang kini datang balik