Kongsi kisah bela ‘kucing datang’ di TikTok, sekali tuan asal minta pulang balik

Kongsi kisah bela 'kucing datang' di TikTok, sekali tuan asal minta pulang balik

Kongsi kisah bela ‘kucing datang’ di TikTok, sekali tuan asal minta pulang balik. Kisah seorang cat lover ini tular setelah kehilangan kucing yang sudah disayangi macam anak sendiri boleh menjadi hal cukup menyedihkan.

Jadi, usahlah pelik sekiranya tuan mereka sanggup membuat hebahan ataupun pemberian ganjaran berbentuk duit sekiranya si bulus itu dapat ditemui kembali oleh sesiapa.

Siapa sangka dengan penularan video itu, seorang netizen dipercayai tuan lama kepada Putam menyatakan itu adalah kucingnya yang sudah lama menghilang. Rupanya sudah setahun lebih dicari, awalnya dia menyangka si comel itu tidak hidup lagi.

Enggan mementingkan diri, keluarga berkenaan bersetuju memulangkan semula Putam kepada tuan asalnya.

Oleh kerana sudah terlalu sayang, terlihat salah satu ahli keluarga iaitu si adik mula menangis apabila Putam dibawa pulang.

Kongsi kisah bela 'kucing datang' di TikTok, sekali tuan asal minta pulang balik

Di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan mengenai kucing rumahnya yang diberi nama Putam.

Sebenarnya, Putam adalah ‘kucing datang’ dan keluarga ini terus menjaga seperti haiwan belaan sendiri memandangkan perangainya juga sangat behave.

Ikuti perkongsiannya di lama media sosial Tiktoknya :

@untaboroi Replying to @derahrj menangis adik saya tgk putam, jaga elok2 jangan bagi lari dah😙😅 #fyp #catsoftiktok ♬ the one that got away ALSA AQILAH COVER – Sadvibes🥀

BACA:

Kos kenduri cecah RM213,000, pengantin ‘caj’ tetamu RM500 seorang

Pensyarah tergamam lihat bekas pelajar ‘struggle’ cari rezeki

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram