KKM padam tweet kluster kilang penyumbang terbesar di Selangor

KKM padam tweet kluster kilang penyumbang terbesar di Selangor

Laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi cetuskan kontroversi apabila memadam tweet berkenaan sektor perkilangan sebagai kluster terbesar di Selangor.

Pada jam 10.53 pagi, KKM memuat naik ciapan yang dinyatakan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

“Sektor perkilangan penyumbang terbesar di Selangor. Tiada satu kluster di Selangor berpunca daripada sambutan perkataan – Pengarah JKN Selangor.”

Walau bagaimana pun ciapan tersebut telah dipadam satu jam selepas dimuat naik.

Baru-baru ini di dalam parlimen, Menteri MITI Azmin Ali mengatakan kilang-kilang bukanlah penyumbang terbesar kluster yang berlaku. Namun ia menjadi perdebatan hangat di parlimen.

COMMENTS