Kisah keberanian Rafidah Aziz, terbubarnya WTO

Kisah keberanian Rafidah Aziz, terbubarnya WTO

Kisah keberanian Rafidah Aziz, terbubarnya WTO.Suatu perkara yang mengejutkan dunia pada tahun 2004 ialah terbubarnya forum Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan Antarabangsa WTO (World Trade Organisation) di Cancun, Mexico. Ia terjadi apabila kumpulan 70 orang menteri-menteri daripada negara-negara membangun bangkit secara bersama menyatakan penentangan terhadap cara pengendalian WTO khususnya orang negara-negara maju yang membuli negara-negara kecil atau negara membangun.

Banyak isu yang dibantah. Secara umumnya cara pengendalian mesyuarat, cara keputusan dibuat yang sangat tidak demokratik dan pengabaian suara-suara dari negara-negara kecil. Tercatat dalam sejarah juga, kumpulan 70 buah negara ini diketuai oleh rakyat Malaysia. Siapa? Tan Sri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa mengetuai rundingan dan mesyuarat khas dikalangan 70 buah negara sebelum berlangsungnya mesyuarat rasmi di peringkat WTO.

Keberanian mereka telah mengubah dunia hari ini apabila muncul blok blok ekonomi baru dikalangan negara membangun yang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada negara-negara maju. Malah negara negara maju pula berebut rebut untuk bekerjasama dengan blok blok tersebut.

Kisah keberanian Rafidah Aziz, terbubarnya WTO

Inilah keberanian berpegang pada prinsip dan integriti seorang wanita. Hatta ketika menjawat menteri kabinet era Tun Mahathir 1.0 pun, Rafidah dikenali satu satunya menteri yang berani melawan arus menentang sebarang idea atau keputusan Perdana Menteri yang tidak betul baginya walaupun 90 peratus menteri yang lain menyetujuinya.

Inilah watak di sebalik tabir Rafidah. Keberanian boleh mengubah dunia. Walaupun dia tidak pernah menyalut dirinya dengan sebarang ideologi atau fahaman, tetapi apa yang beliau lakukan ‘dalam hal ini’, kena dengan apa yang diajar oleh ajaran agama.

Moga muncul lagi watak sebegini dan lebih baik berganda ganda untuk masa depan Malaysia dan dunia yang lebih bermakna.

* Sedikit point sempat dibentang dalam kelas semalam tentang jatuh bangun WTO.

BACA: 

Pakaian DSV pula dapat kritikan netizen, “Tutup dada tu…”

Rai harijadi anak dengan bekas suami, Nora Danish dipuji profesional