Kisah bapa tukar durian untuk beli mainan anak meruntun jiwa netizen

Kisah bapa tukar durian untuk beli mainan anak meruntun jiwa netizen. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu sanggup bertarvng nyawa melahirkan zuriat ke dunia. Manakala seorang bapa sanggup berkorban apa sahaja dan sanggup tahan malu untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

Begitulah kisah tular dari perkongsian seorang lelaki di Akaun Facebook Harga Rapat yang bernama Amir Mohamad Ahmad Tajudin, 29.

Kisah bapa tukar durian untuk beli mainan anak meruntun jiwa netizen

Menurutnya, ketika dia menjual mainan di tapak jualan di Jengka pada 25 Januari lalu, ada seorang lelaki datang bersama empat orang anak kecil.

“Selesai makan, mereka singgah ke tapak jualan kami dan kelihatan anak sulung pasangan itu bersungguh mahukan dron mainan yang kami jual.

“Bagaimanapun, bapanya tidak cukup wang dan apa yang mengejutkan, dia sanggup tawarkan durian sebagai ganti untuk membeli mainan berkenaan,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrullah, mendengar kata-kata pelanggan berkenaan, dia dan rakan kongsinya cuba berbincang.

“Luluh juga hati kami apabila mendengar tawaran pelanggan itu kerana nampak dia bersungguh untuk memenuhi keinginan anaknya.

Menurutnya, dia turut mengenali lelaki berkenaan kerana lelaki tersebut merupakan seorang peniaga durian di tapak jualan berkenaan.

“Sebelum ini, memang ada pelanggan cuba tawar menawar kerana tidak cukup duit, namun belum ada yang mahu tukarkan mainan dengan durian atau barangan milik mereka.

“Melihat wajah pelanggan itu dan anaknya membuatkan kami tidak sampai hati untuk menolak dan akhirnya terima tawarannya,” katanya.

Mohamad Fakhrullah berkata, selepas dia dan rakan kongsinya menyatakan persetujuan menerima tawaran berkenaan, pelanggan berkenaan terus memberitahu mahu pulang ke rumah untuk mengambil durian.

“Pelanggan itu kemudian datang ke semula ke tapak jualan kami dengan membawa durian sebagai tukaran untuk membayar dron, kereta kawalan jauh dan mainan kecil lain yang harganya lebih RM200.

“Dia beri kami lebih lima ke enam biji durian dan saya nampak riak wajahnya yang sebak bercampur terharu dan lega kerana dapat memenuhi keinginan anaknya.

“Sementara anaknya pula nampak gembira dan di situ, saya dapat lihat betapa besarnya pengorbanan seorang ayah,” katanya.

Mohamad Fakhrullah berharap perkongsian itu dapat memberi mesej positif dan inspirasi untuk peniaga atau sesiapa saja untuk berkongsi rezeki.

“Jangan takut untuk berkongsi rezeki. Percayalah, rezeki itu sudah diatur Allah cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Berita Lain:

Air Asia kini buat e-hailing udara dari KLIA ke KL Sentral, hanya 11 minit perjalanan

Lelaki Malaysia Jadi Popular Kerana Berjaya Memiliki Gadis Jerman

Premis haram tanah rizab empangan, di gempur awal pagi

COMMENTS

Wordpress (0)