Kini anda mampu pantau lokasi anak anda guna Apps ini sahaja

Kini anda mampu pantau lokasi anak anda guna Apps ini sahaja. Pantau lokasi pasangan atau anak anda dengan guna apps ini.Sebagai ibu bapa, isteri atau suami, kita sering kali risau tentang keberadaan ahli keluarga. Tambah pula kalau balik lambat dari sepatutnya, keluar tanpa beri tahu, hantar mesej tak dijawab pula.

Bukan apa kita bimbangkan keselamatan mereka, apatah lagi sekarang macam macam kejadian tidak diingini boleh terjadi. Bagi mengurangkan kerisauan ini boleh guna teknik memantau lokasi ahli keluarga yang dikongsi oleh Firdaus Yusoff. Hanya guna apps ini ujarnya, kita akan tahu ke mana saja insan tersayang kita berada.

Teknik pantau lokasi ahli keluarga secara percuma
Hari ini nak share satu teknik memantau lokasi ahli keluarga secara percuma. Sebab ramai sangat yang mengadu risau anak-anak di rumah atau ke mana-mana. Tambah pula time cuti-cuti Malaysia, ramai jalan berpecah semua entah ke mana tak boleh tracking.

Atau paling best, nak cari wife kat pasar malam atau pun nak monitor wife balik keje on the way.

Caranya;

1. Pinjam handphone anak sekejap, 10 minit je.

2. Masuk app MAP, dan ‘ONkan’ location sharing.

Kini anda mampu pantau lokasi anak anda guna Apps ini sahaja

3. Share location kepada alamat gmail handphone kita. Selesai.

4. Selagi GPS handphone anak on, dan ada data, kita boleh tengok location mereka di Google Map handphone kita.

5. Buat buat di handphone pasangan juga, caranya pun sama.
App MAP ye bukan GOOGLE.

Boleh buat untuk tujuan memantau keselamatan ahli keluarga ya.

BACA:

Buang kopi pelanggan dalam sinki kerana bayar guna duit 5 sen

3 kembar nekad mahu kahwini lelaki yang sama

“Balik raya naik motor bawa anak, tempuh ratusan kilometer..”