Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu adalah salah satu dari program transformasi GoodYear Forward yang mahu mengoptimakan operasi syarikat tersebut dan akan membantu dalam usaha untuk mencapai penurunan kos operasi tahunan GoodYear sebanyak US$1 billion.
Sebanyak 550 orang pekerja akan terkesan dalam tindakan penutupan kilang yang dibuka sejak tahun 1972. GoodYear hadir ke Tanah Malaya seawal tahun 1929 dan menjadi pembekal tayar untuk kereta pertama negara, Proton Saga dalam tahun 1985.
Goodyear Malaysia akan kekal di dalam pasaran tempatan dengan tayar-tayar yang akan dibawa masuk dari kilang-kilang mereka yang lain di Thailand, Indonesia, China dan Taiwan.
Kilang tayar GoodYear adalah antara kilang terawal di Shah Alam dan dibina dalam tahun 1972.
Kilang tayar GoodYear adalah antara kilang terawal di Shah Alam.
Sumber dalaman juga memberitahu Careta bahawa tidak ada perancangan untuk meningkatkan harga produk mereka di pasaran buat masa ini.
Kilang di Shah Alam sebenarnya sudah mula mengurangkan operasinya sejak beberapa tahun dahulu dan GoodYear lebih banyak membawa masuk tayar-tayar dari kilang mereka di luar negara.
Di bawah ialah keterangan rasmi GoodYear Asia Pasifik.
Baca juga: Harta Elon Musk susut banyak, ‘cuma’ tinggal RM946 Billion sahaja